Segera tubuh yayasan kebajikan media – MPI

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

CADANGAN penubuhan yayasan kebajikan media perlu disegerakan terutama bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19. 

Ini adalah kerana Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr. Chamil Wariya berkata, statistik Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menunjukkan seramai 3,000 pengamal media telah kehilangan pekerjaan akibat gangguan digital dan pandemik Covid-19 sejak dua hingga tiga tahun lalu. 

Datuk Dr. Chamil Wariya

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan juga perlu memberikan peruntukan secukupnya bagi memastikan yayasan tersebut terus berfungsi dengan lebih berkesan. 

“Selain itu, kerajaan juga perlu menyediakan pakej rangsangan bagi membantu organisasi media yang terkesan akibat Covid-19. 

“Ini penting kerana jika tidak dibantu, lebih ramai lagi pengamal media akan kehilangan pekerjaan dan entiti media terpaksa menghentikan operasinya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Baca artikel berkaitan: Pengalaman menulis buku pertama

Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mencadangkan supaya penubuhan satu yayasan khas bagi membantu petugas dalam industri media yang kehilangan pekerjaan. 

Menurut Zahidi, yayasan itu dijangka ditubuhkan dalam masa terdekat, namun buat masa ini cadangan tersebut masih dalam peringkat perbincangan bersama persatuan-persatuan melibatkan media. 

Yayasan tersebut bukan sahaja berfungsi membantu bekas petugas media yang kehilangan pekerjaan malah ia bagi kegunaan bantuan kebajikan petugas industri berkenaan.

Mengulas lanjut, Chamil turut mencadangkan supaya pakej rangsangan tersebut berbentuk pengurangan cukai korporat serta pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan terhadap produk media selain pembelian ruang iklan secara agresif oleh kerajaan untuk menyebarkan mesej kepada khalayak menerusi media. 

“Pakej rangsangan ini penting untuk memastikan media kekal sihat daripada segi ekonomi dan kewangan bagi membolehkan mereka memainkan peranan sebagai penyedia maklumat yang sahih dalam memerangi berita-berita palsu. 

“MPI juga menyokong cadangan Kelab Akhbar Kebangsaan yang mencadangkan supaya pengamal media diberi keutamaan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 kerana terdedah dengan risiko jangkitan,” jelas beliau. 

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas perlu patuh arahan, perkukuh gerak kerja hadapi pilihan raya – Ahmad Samsuri

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan seluruh jentera Pas supaya mengutamakan disiplin, mematuhi arahan...

More Articles Like This