Dikenali sebagai doktor fakir miskin, Dr Muhammad Misyali memberi rawatan percuma selama 50 tahun kepada pesakit fakir miskin di kliniknya yang terletak di Tanta.

Bukan sahaja beri rawatan, namun beliau turut memberi wang kepada mereka untuk memberi ubat-ubatan.

Walaupun berkelulusan Fakulti Perubatan dan berpangkat doktor, namun kehidupannya cukup besederhana, dia tidak mempunyai telefon bimbit mahupun kenderaan.

Ikuti perkongsian kisah hidup yang cukup memberi inspirasi ini.

“DOKTOR FAKIR MISKIN.

“Dr Muhammad Misyali dari Mesir dikenali sebagai doktor fakir miskin. Beliau ialah lepasan Fakulti Perubatan tahun 1967 yang mendapat pangkat pertama dengan markah 99.3%.

“Selama 50 tahun, Dr Muhammad Misyali memberi rawatan percuma kepada pesakit yang fakir miskin di klinik beliau yang terletak di Tanta. Malah, beliau turut memberi wang kepada mereka untuk membeli ubat-ubatan. Bagi pesakit yang berkemampuan, beliau hanya mengambil bayaran sebanyak £10.00 (10 junaih Mesir) daripada mereka.

“Setiap hari, kelihatan puluhan pesakit berkumpul di klinik beliau yang agak sederhana. Dr Muhammad bekerja merawat ramai pesakit selama 10 jam sehari bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 petang.

“Beliau tidak mempunyai kenderaan apatah lagi telefon bimbit. Setiap hari beliau berjalan kaki dari rumah ke klinik walaupun ketika ini usia beliau sudah pun mencecah 80 tahun.

“Pernah seorang hartawan dari Negara Teluk menyumbang sebanyak USD20,000.00 kepada Dr Muhammad setelah mendengar kisah beliau. Malah hartawan itu menghadiahkan sebuah kereta dek simpati dengan keadaan beliau.

“Namun, setahun kemudian, ketika hartawan itu melawat Mesir, beliau mendapat tahu yang Dr Muhammad menyumbangkan kesemua wang tersebut kepada pesakit-pesakit yang fakir miskin. Beliau juga menjual kereta yang dihadiahkan itu untuk membeli peralatan perubatan yang digunakan untuk merawat pesakit secara percuma.

“Dr Muhammad Misyali berkata, “Selepas saya graduasi, saya mendapat tahu yang ayah saya mengorbankan semua duit kos rawatan beliau supaya saya dapat jadi doktor. Sejak itu, saya berjanji dengan Allah yang saya takkan ambil satu sen pun daripada pesakit yang fakir miskin.” terjemahan Danial Farhan Dolmat.”

Sumber : دانيال فرحان دولمات