Nama Nabila Razali terus hangat diperkatakan selepas ‘terkucil’ dalam Anugerah Juara Lagu ke-35. Kecaman demi kecaman diterima, namun lain pula pandangan wanita ini.

Menurut Zunita Ramli, kesilapan penyanyi berusia 28 tahun itu mengingatkannya kepada budaya di Jepun yang dipanggil “kesilapan atau kegagalan adalah salah satu cabang ilmu.”

Jelasnya, Jepun mengiktiraf kesilapan kerana banyak perkara yang boleh dipelajari daripadanya berbanding kejayaan. Malah sebuah syarikat di Osaka menganugerahkan ‘Great Failure Award’ kepada pekerja yang membuat kesilapan paling besar.

Ikuti perkongsian menarik ini.

“Nabila Razali.

“Nama yang agak popular lepas AJL35. Kesilapan Nabila mengingatkan saya pada sesuatu di Jepun yang dipanggil “kesilapan/kegagalan adalah salah satu cabang ilmu”.

“Letak tepi budaya “kecaman”, sebaliknya Jepun mengiktiraf kegagalan/kesilapan sebagai salah satu cabang ilmu sebab akui atau tidak sebenarnya memang banyak benda yang kita belajar dari kesilapan berbanding kejayaan.

“Menariknya, satu syarikat di bandar Sakai, Osaka menganugerahkan “Great Failure Award” iaitu ganjaran sebanyak 20,000 yen (RM800) kepada seorang pekerjanya yang buat kesilapan paling besar dalam syarikat dalam masa 6 bulan. Menurut syarikat tersebut pekerja tak akan belajar benda baru jika masing-masing takut buat silap. Jadi mereka menggalakkan pekerja untuk tidak takut lakukan kesilapan & akui kesilapan tersebut. Siap dapat award lagi, rugi la tak nak mengaku buat silap kan.

“Jadi tak hairanlah kalau di Jepun kegagalan manusia menjadi subjek “study” untuk memahami bagaimana ianya boleh mempengaruhi keamanan manusia sejagat secara keseluruhannya. Sebab tu wujud sesuatu yang dipanggil “Association for the Study of Failure” yang diasaskan oleh Yotaro Hatamura.

“Merupakan Professor Emeritus Kejuruteraan Tokyo University, beliau juga ada menjalankan kajian mengenai “Study of Failure” di mana ianya fokus untuk mengkaji kesilapan manusia dan bagaimana seseorang individu atau institusi itu boleh dapat manfaat dari kesilapan yang dilakukan.

Yotaro Hatamura yang mempelopori metodologi kegagalan sebagai salah satu cabang ilmu.

“Sebagai contoh, insiden kebocoran nuklear di Fukushima 10 tahun lepas, Yotaro Hatamura dipanggil untuk menganalisis apa yang berlaku dan menyimpulkan bahawa TEPCO perlu tampil mengakui kegagalan menyediakan back-up system penyejukan Loji Nuklear yang menjadi punca tragedi letupan loji & kebocoran radiasi. Ini sangat penting untuk menjadikan TEPCO tambah baik sistem, belajar dari kesilapan dan jadi lebih baik dari sebelumnya.

Tangki nuklear Fukushima semasa insiden 2011. Foto : Open source investigation

“Tapi yang sebenarnya, kesilapan terbesar kita adalah bila kita buat silap dan tak nak akui kesilapan tersebut. Jadi, jangan malu jika buat kesilapan/kegagalan. Raikan kegagalan dan belajar dari itu.

“As the saying goes,“You can learn great things from your mistakes when you aren’t busy denying them”.#CatatanZunitaDiJepun

Sumber : Zunita Ramli