Peng Soon-Liu Ying ikut jejak Zii Jia mara ke separuh akhir Seluruh England

Dari Penulis

SELEPAS kejayaan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia ke separuh akhir kejohanan badminton Seluruh England 2021 semalam,  beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut melangkah ke peringkat sama kejohanan apabila menyingkirkan gandingan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.

Bagaimanapun, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu terpaksa bermandi peluh selepas tewas pada set pertama 17-21 dalam perlawanan yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham.

Bernama melaporkan, gandingan yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan itu bangkit pada set kedua 21-18 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum mengesahkan kemenangan 22-20, bagi menempah pertemuan dengan pasangan Jepun Yuki-Kaneko-Misaki Matsutomo.

Pasangan Jepun mara ke separuh akhir selepas mengenepikan lawan dari Denmark Niclas Nohr-Amalie Magelund 21-15, 21-10.

Bagaimanapun, nasib berbeza buat gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang terkandas di suku akhir selepas tunduk kepada Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-17, 21-9.

Terdahulu, Zii Jia mempamerkan aksi memukau apabila mengejutkan pemain nombor satu dunia Kento Momota dari Jepun selepas tewas dalam enam pertemuan sebelum ini.

Dalam aksi suku akhir yang berlangsung 55 minit itu, Zii Jia berjaya menundukkan pemain Jepun itu 21-16, 21-19 untuk berdepan Mark Caljouw dari Belanda pada saingan separuh akhir.

Perjuangan juara Terbuka Switzerland Pearly Tan-M.Thinaah bagaimanapun berakhir apabila tewas kepada pasangan pilihan kelima dari Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shida, 12-21, 22-20, 16-21.

Namun, pujian harus diberikan buat gandingan meningkat naik negara kerana memberikan saingan sengit sebelum tunduk kepada pasangan yang berada di ranking ke-12 dunia itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kos PRN bukan untuk ‘dibahagi’ kepada rakyat, kata Reezal Merican

DAKWAAN bahawa kos penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diagihkan terus kepada rakyat disifatkan sebagai kenyataan populis yang...

More Articles Like This