PENDIRIAN Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk bersama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) boleh membuka satu senario politik baharu, kata Tan Sri Shahril Abdul Samad.
Veteran UMNO itu berkata, ia bermakna Shahidan dan rakan-rakannya dari UMNO Perlis berkemungkinan akan bertanding sebagai calon PN dan menggunakan lambang PN.
“Agaknya, PAS Perlis pun akan ikut sama, iaitu bertanding tanpa logo PAS.
Sebaliknya, calon-calon UMNO yang tidak ikut Shahidan akan pula bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) dan menggunakan lambang BN.
“Ia akan jadi tiga penjuru. Menarik, kalau ikut kehendak nafsu Shahidan!” kata Shahril dalam hantaran di Facebook miliknya malam tadi.
BERITA BERKAITAN Dilantik Pengerusi PR1MA, pengalaman Shahidan diperlukan – Zuraida
Hari ini Shahril sekali lagi menyentuh mengenai Shahidan apabila menyatakan postingnya mengenai pemimpin Perlis itu mendapat ‘Reach’ dan ‘Share’ paling tinggi di Facebooknya Shahril Samad – Tok Uban hingga mencecah 441,000 ‘Reach’ dan 299,000 ‘Share’.
“Popular betul DS Shahidan! Tentu Tan Sri Annuar Musa gembira bila DS Shahidan begitu hebat ‘penerimaan’ nya di FB Tok Uban. Geng kan!,” katanya.
Shahidan dalam satu laporan portal berita menyatakan semalam beliau sedia mencabar keputusan Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini yang memutuskan bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan Bersatu menjelang PRU-15.
Sebaliknya, Shahidan berkata, UMNO Perlis berpendirian akan tetap akan berunding dengan gabungan PN sehingga mengeluarkan kenyataan “Kalau Perlis buat keputusan, mereka nak buang Perlis, maka buanglah..”
Perhimpunan agung Umno yang akan berlangsung pada 27 Mac akan diadakan di tengah-tengah desakan sebahagian pemimpinnya untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

