Pemuda UMNO Bandar Tun Razak gesa pemaju SUKE dihadap ke muka pengadilan

Dari Penulis

PERGERAKAN Pemuda UMNO Bandar Tun Razak membuat laporan polis susulan kejadian struktur kren jatuh dan menghempap pengguna jalan raya.

Laporan polis dibuat oleh Ketua Pemudanya, Ashrul Ashryzad Mohd Nashri di Balai Polis Salak Selatan malam tadi.

Dalam kenyataannya kepada media, Ashrul Ashryzad mempersoalkan kekerapan tragedi yang meragut nyawa yang sering berlaku membabitkan kerja-kerja pembinaan laluan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE).

“Saya amat bimbang dengan kekerapan tragedi yang berlaku di laluan itu yang telah meragut beberapa nyawa. Adakah semua kejadian itu disebabkan oleh masalah teknikal atau kelalaian pihak kontraktor pemaju?”

BERITA BERKAITAN Tiga tragedi dalam 7 bulan di SUKE. Mana SOP kontraktor?

Tambah beliau, sebagai pemaju sebuah projek pembinaan yang besar dan penting, aspek keselamatan tidak seharusnya dikompromi dalam apa juga keadaan.

Lebih-lebih lagi ianya membabitkan kerja-kerja pembinaan di bahagian atas jalan raya yang menjadi laluan utama penduduk di kawasan berhampiran.

“Sepatutnya pemaju mengambil langkah-langkah keselamatan dengan menutup atau melencongkan laluan buat sementara waktu ketika kerja-kerja kritikal atau berbahaya sedang dibuat supaya tidak mengancam nyawa pengguna jalan raya di bawah itu,” katanya.

Justeru, beliau menggesa pemaju menghentikan kerja-kerja pembinaan di sektor terlibat tragedi yang meragut nyawa sehingga dipastikan keselamatan terjamin sepenuhnya.

Pemuda UMNO Bandar Tun Razak turut mencadangkan supaya diwujudkan satu badan khas bagi menjalankan siasatan terperinci setelah dua kali kejadian seumpamanya menimpa pengguna jalan raya.

Sebagai pengguna harian jalan raya menurut beliau, sudah tentu perasaan bimbang membelenggu saban hari kerana jalan berisiko ini merupakan laluan ulang-alik ke tempat kerja, sekolah dan urusan harian penduduk berhampiran.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Rain Rave Water Music Festival jana lebih RM392 juta, tarik 415,000 pengunjung

PENGANJURAN Rain Rave Water Music Festival di tujuh lokasi seluruh negara termasuk acara utama di Bukit Bintang di bawah...

More Articles Like This