Mekanik maut motosikal dirempuh Waja dari belakang di SUKE, pemandu e-hailing ditahan 

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG mekanik maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh oleh sebuah kereta jenis Proton Waja dari arah belakang dalam satu kejadian di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dalam kemalangan di Kilometer 0.3 SUKE pada jam 5.56 petang itu telah mengakibatkan lelaki terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kereta berkenaan yang sedang dalam perjalanan dari arah Kajang, dipercayai dipandu pada kelajuan tinggi dan secara melulu ketika memasuki jalan susur ke arah Ampang.

“Kereta terbabit dipercayai memotong sebuah kenderaan lain sebelum merempuh motosikal mangsa yang sedang bergerak di sebelah kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, perlanggaran berkenaan menyebabkan mangsa lelaki tempatan yang bekerja sebagai mekanik itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, manakala lengan kirinya terputus.

Ekoran itu katanya, pemandu kereta berkenaan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya lagi, pemandu terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda antara RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan,” ujarnya. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Saifudin Saadun, melalui talian 011-21119379 bagi membantu siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mara tidak kompromi peminjam sengaja culas

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) tidak akan sesekali berkompromi dengan peminjam yang sengaja culas untuk membayar balik pinjaman. Perkara itu ditegaskan...

More Articles Like This