Tidur punca lemah syahwat

Pada waktu petang, kebiasaannya tubuh manusia mengalami kekurangan tenaga, dan cas-cas dalam tubuh mengalami ketidakseimbangan, akibat dari penggunaan yang berlebihan sepanjang hari. Manakan tidak, seharian kita bekerja dan berfikir, sudah tentu segala tenaga digunakan.

Hanya dengan mendirikan solat berjamaah dalam empat rakaat Asar, segala kekurangan dan ketidakseimbangan itu akan dapat dijana kembali, serta mendapat cas-cas yang diperlukan untuk aktiviti ke waktu malam. Ini sesuai dengan hadis Nabi s.a.w sabdanya,

Sesiapa yang melakukan dua solat yang sejuk secara berjamaah akan masuk ke dalam syurga.

Menurut ulama, dua solat yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah solat Subuh dan solat Asar. Kedua-dua solat ini mempunyai banyak kelebihannya sebagaimana yang pernah diceritakan oleh Jarir bin Abdullah r.a. katanya,

“Pada suatu ketika kami duduk-duduk dekat Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba Baginda melihat bulan purnama lalu bersabda, “Ketahuilah sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan mu kelak seperti bulan purnama ini, tanpa ada yang menghalangi untuk melihatnya. Karena itu janganlah kamu melalaikan solat sebelum matahari terbit (Subuh) dan solat sebelum matahari terbenam (Asar). Kemudian Jarir membacakan ayat, “Wasabbih bihamdi Rabbika qabla thulu’sy syamsi wa qabla ghurubiha.” – (HR Muslim)

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh professor dari Amerika Syarikat, didapati tubuh manusia mengandungi dua cas elektik iaitu cas positif dan cas negatif.

Solat berjamaah mempunyai banyak manfaat pada tubuh.

Dalam aktiviti seharian manusia, berlaku proses pembakaran dalam tubuh manusia, di mana berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif. Kesan dari proses itu, maka berlaku ketidakseimbangan cas dalam tubuh. Cas-cas ini yang perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap yang normal.

Maka itu dalam solat berjamaah, makmum perlu meluruskan barisan, merapatkan bahu serta bersentuhan hujung jari kaki. Cas yang berlebihan samada negatif atau positif akan dikeluarkan dalam keadaan begini, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam badan. Oleh itu semakin lama sentuhan ini berlaku, maka semakin seimbanglah cas-cas yang dikeluarkan ataupun ditarik ke dalam.

Spektrum Cahaya Asar berkait dengan sistem tubuh

Sebenarnya, banyak lagi kelebihan yang boleh didapati bagi mereka yang beribadah kepada Allah pada waktu ini. Antaranya hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud,

“Bacalah surah al-Ikhlas, surah an-Nas dan surah al-Falaq sebanyak tiga kali setiap pagi dan petang kerana ia mampu mencukupkan kamu daripada segala sesuatu.” – (HR Abi Daud & Tirmizi)

Selain itu, Nabi s.a.w. juga pernah bersabda,

“Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berada pada waktu petang, “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk,” nescaya tiada sesuatu yang memudaratkan mu.” – (HR Muslim)

Hakikatnya apa jua ciptaan Allah s.w.t. itu, mempunyai banyak kelebihan dan manfaatnya untuk setiap hambanya yang beriman nikmati. Tidak terkecuali waktu petang atau Asar. Menurut kajian yang pernah dilakukan juga, warna alam akan berubah pada warna oren apabila masuknya waktu Asar.

Pada waktu inilah, spektrum warna mempunyai persamaan dengan frekuensi bahagian reproduktif iaitu prostat, uterus, ovari dan testis.

Tidur waktu Asar boleh melemahkan syahwat

Selain itu, warna oren yang ada pada waktu ini mempengaruhi pemikiran kreativiti. Oleh itu sesiapa yang kerap meninggalkan solat Asar, maka akan hilang atau berkurangan daya kreativitinya, terutama bagi yang tidur pada waktu ini (dalam keadaan terpisah jasad dan roh).

Begitu juga, ia turut memberi kesan negatif kepada sistem reproduktif di mana ia menjadi lemah dan tidak bermaya.

Dikatakan juga, bersolat dalam waktu ini, turut berkait rapat dengan meningkatnya hormon adrenalin dan kesan dari aktiviti sistem tubuh yang lain seperti jantung. Pada waktu ini, sistem tubuh bekerja lebih aktif.

Oleh itu solat Asar yang didirikan berfungsi memberikan ketenangan, supaya sistem tubuh berehat seketika selepas bekerja keras. Ia sangat penting untuk kesihatan tubuh. Wallahu a’lam

____________________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram