Setelah hampir 3 bulan di New Zealand, Santhara kembali ke Malaysia

Dari Penulis

ANGGOTA kabinet kerajaan yang menimbulkan kontroversi di negara ini dan juga New Zealand, Edmund Santhara Kumar disahkan telah kembali ke Malaysia setelah berada di negara itu hampir tiga bulan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu dilaporkan melawat keluarganya dan berada di New Zealand sejak 23 Disember lalu dan dikatakan telah kembali ke negara ini minggu lepas dan sedang menjalani kuarantin selama 10 hari di rumah.

Perkara ini disahkan oleh ahli parlimen Segamat itu ketika dihubungi oleh wartawan Malaysiakini.

“Saya telah kembali ke Malaysia pada minggu lepas dan sedang menjalani kuarantin wajib yang ditetapkan secara mandatori oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya kepada portal tersebut

BERITA BERKAITAN Tun Abdul Rahman, Tun Juhar dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena Hari Wilayah Persekutuan

Santhara sebelum ini dikritik pembangkang dan netizen selepas dibenarkan melawat keluarganya yang kini berada di New Zealand, walaupun negara melarang rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara.

Dilaporkan, dia memohon cuti selama 55 hari untuk melawat keluarganya dan berada di sana sejak 23 Disember selepas mendapat kelulusan perdana menteri pada 3 Disember lalu.

Dia berkata tujuannya pergi ke New Zealand untuk melawat anak-anaknya, khususnya seorang anak yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang.

Selain itu, katanya menjadi tanggungjawab seorang bapa untuk bertemu dengan seorang lagi anaknya yang berusia sembilan tahun.

Apatah lagi setelah hampir setahun tidak berjumpa, jelas Santhara.

Tambahnya, dia juga perlu melawat isteri yang mengalami masalah kesihatan.

Santara juga berkata kerana kesibukan tugasannya sebagai timbalan menteri dan ahli parlimen sebelum ini, dia tidak dapat menghadiri upacara gereja Perjamuan Kudus (Holy Communion), ritual Kristian buat anaknya yang berumur sembilan tahun.

Sementara itu, Santhara berkata dia sedang menjalani kuarantin kendiri selama sepuluh hari dan masih menjalankan tugas dalam talian.

“Pada masa ini, saya menjalankan tugas secara dalam talian melalui platform seperti meeting zoom, aplikasi whatsapp, video call dan lain-lain.

“Justeru itu, semua mesyuarat secara bersemuka atau perjumpaan secara fizikal hanya akan diadakan selepas tempoh kuarantin tamat,” katanya lagi.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

JPA tawar 640 slot penajaan lepasan SPM 2026, calon boleh mula semak mulai hari ini

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan penawaran sebanyak 640 slot penajaan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2026 sebagai...

More Articles Like This