SEORANG lelaki tempatan berusia dalam 30-an putus pergelangan kaki kiri akibat terkena letupan bunga api dalam kejadian di Taman Damai Jaya, Bukit Siput, Segamat semalam.
Ketua Polis Daerah Segamat, Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah malam itu, mangsa mengalami kecederaan serius sebelum dikejarkan ke Zon Merah Hopital Segamat untuk menerima rawatan.
Katanya, pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan putus kaki kiri di bawah lutut dan kini dalam keadaan stabil.
“Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai bermain bunga api jenis shoot cake 4 (D) 16 shot (premium) di hadapan rumah sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menyebabkan letupan yang membahayakan nyawa dan memiliki bahan letupan,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga: Tragedi letupan Sungai Buloh yang membawa kepada pengharaman mercun dan bunga api
Mengulas lanjut, Mohd Jumazanzahir berkata, polis menasihatkan masyarakat bermain bunga api yang dibenarkan di kawasan lapang.
Katanya, orang ramai juga perlu mengamalkan langkah-langkah keselamatan kerana ia boleh mengundang risiko kecederaan serius serta tindakan undang-undang.
Beliau juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian hotline 07-9324222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

