Kanak-kanak cedera, wanita kurang siuman cucuk guna garpu

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak perempuan berdepan detik menakutkan apabila dia diserang seorang wanita kurang siuman menggunakan garpu dalam satu kejadian dekat Taman Mount Austin, Johor Bahru, semalam.

Lapor Astro Awani, akibat insiden itu, budak perempuan berusia tujuh tahun berkenaan cedera pada bahagian kepala dan tangan akibat dicucuk wanita berkenaan menggunakan garpu.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa yang membuat laporan polis.

Katanya, dalam kejadian pukul 8 pagi itu, kanak-kanak itu dipercayai berada di luar bangunan pusat tuisyen di kawasan berkenaan sebelum dia didatangi suspek.

“Semasa berada Taman Mount Austin, di sini, pengadu memaklumkan anak perempuannya berumur tujuh tahun telah didatangi seorang wanita yang disyaki kurang siuman.


“Wanita itu telah cucuk anak perempuannya menggunakan garpu sehingga menyebabkan cedera pada bahagian kepala dan tangan. Kemudian telah melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Mohd Padzli berkata, suspek itu bukan jiran mangsa dan tidak dikenali.
Wanita itu ujarnya dipercayai kurang waras dan polis sedang mencari suspek yang masih belum dikesan ketika ini.


Tambahnya, kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This