COVID-19: 1,199 kes penularan baharu, 2 kematian

Dari Penulis

KES penularan baharu COVID-19 menunjukkan trend penurunan apabila sebanyak 1,199 kes baharu dan dua kematian dicatatkan sehingga tengah hari nini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 sebanyak 340,642 kes dalam negara ini.

Menurutnya, kes sembuh pula didapati mengatasi kes baharu dengan 1,257 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes berjaya dirawat setakat ini adalah sebanyak 325,182 kes.

“Kes baharu itu membabitkan sebanyak 1,194 kes penularan tempatan dan selebihnya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Berdasarkan laporan yang diterima, Selangor merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 283 kes, diikuti Sarawak (267), Kelantan (138), Pulau Pinang (125), Kuala Lumpur (84) dan Johor (81).

“Sabah (64), Negari Sembilan (43), Melaka (36, Kedah (33), Pahang (30, Perak (9) Terengganu (3), Labuan (2) dan Putrajaya (1) manakala Perlis tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

STORY BERKAITAN 1,275 kes baharu, 13 kluster dan satu kematian

Menurutnya, seramai 167 pesakit masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 72 pesakit masih memerlukan bantuan pernafasan.

“Dua kematian direkodkan membabitkan seorang warganegara dan seorang bukan warganegara masing-masing berusia 60 dan 52 tahun.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,251 kes iaitu 0.37 peratus daripada jumlah kes,” katanya.

Status Terkini COVID19, 27 Mac 2021

Kes sembuh= 1,257
Jumlah kes sembuh=325,182
Kes baharu positif=1,199 (1,194 tempatan, 5 import)
Jumlah positif=340,642
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian=1,251
Kes dirawat di ICU=167
Bantuan Alat Pernafasan=72

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This