Neelofa minta semua bertenang

Dari Penulis

SELEBRITI Neelofa meminta semua pihak di luar sana untuk terus kekal bertenang.

Semua itu gara-gara keberadaan Neelofa,32, dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz,26, di Langkawi, Kedah kononnya untuk berbulan madu.

Namun begitu, isu tersebut telah selesai apabila pasangan itu dibenarkan untuk merentas negeri atas urusan kerja.

“Bertenang semua di luar sana…tak launch (lancar) lagi, promosi percuma dah gegar satu negara.

“Syukur rezeki Allah atur, sekarang sudah berjuta orang tahu cawangan terbaharu milik saya bakal dibuka di Langkawi,” katanya menerusi Instastory miliknya.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd. Noor dan PU Riz berada di pulau peranginan itu bagi meninjau lokasi cawangan terbaharu sebuah jenama minuman francais terkenal.

Neelofa sah bergelar isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail pada 26 Mac lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This