Haaland hitung peluang beraksi bersama gergasi bola sepak sepanyol

Dari Penulis

Bintang sensasi Erling Haaland kini dilaporkan sedang mengintai peluang untuk menyertai dua kelab gergasi Sepanyol sama ada Barcelona atau Real Madrid, lapor akhbar tempatan.

Perkara itu disahkan menerusi sumber laporan dari media Sepanyol selepas kehadiran ejennya, Mino Raiola bersama bapa pemain itu Alf-Inge Haaland di lapangan terbang untuk berunding dengan beberapa wakil kelab.

Menurut laporan akhbar Sepanyol, Raiola, yang juga ejen Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic, mengadakan perbincangan dengan Laporta dan pengarah bola sepak Barca, Mateu Alemany.

Bintang muda itu telah menarik minat Barcelona selepas mempamerkan aksi cemerlang di kancah bola sepak eropah sekali gus membuka mata gergasi kelab bola sepak antarabangsa.

Antara kelab yang menunjuk minat mereka adalah Manchester United, Manchester City, Paris Saint Germain, dan Real Madrid.

Bagaimanapun Barcelona dijangka mempunyai kesukaran untuk menandatangani bintang kebangsaan Norway itu kerana mempunyai klausa sebanyak 75 juta euro sehingga akhir kempen musim 2021-2022.

Dalam pada itu, Raiola dan bapa Haaland akan terbang ke England pada hari ini untuk mendengar tawaran daripada kelab-kelab terkemuka di sana pula.

Haaland memulakan karier sebagai pemain bola sepak profesional pada tahun 2017 bersama kelab bola sepak tempatan, Molde FK sebelum menyertai FC Red Bull Salzburg pada tahun 2019.

Selepas berjaya meledak 29 gol dalam masa satu tahun bersama Salzburg, Haaland disunting kelab gergasi jerman, Borussia Dortmund.

Sejak menyertai Dortmund, ayam tambatan Norway itu telah menjaringkan 49 gol dalam 49 perlawanan dalam setiap kejohanan peringkat kelab setakat ini.

Kelab mana yang berjaya pikat pemain berusia 20 tahun itu? Sama-sama kita nantikan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Perkukuh keyakinan rakyat: ATM laksanakan pelan PTPR

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan Pelan Tindakan Pembanterasan Rasuah (PTPR) ATM 2026-2030 bagi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi...

More Articles Like This