‘Kasari’ pengadil: Natxo Insa digantung 2 perlawanan, denda RM10,000

Dari Penulis


PEMAIN tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa dihukum gantung dua perlawanan dan denda sebanyak RM10,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, hari ini.

Tindakan itu diambil berikutan tindakannya terhadap pengadil, Noor Azriel Baharudin ketika aksi Liga Super menentang Perak FC di Stadium Perak, Ipoh pada 21 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, Natxo didapati bersalah melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan.

Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM kali kedua yang berlangsung hari ini. Foto FAM

“Pemain ini dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda sebanyak RM10,000 akibat daripada tindakannya yang berkelakuan tidak bersemangat sukan terhadap pengadil, Noor Azriel Baharudin apabila menyentuh dada pengadil berkenaan menggunakan kedua-dua tangannya selepas perlawanan menentang Perak FC itu.

“Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 35 Kod ini di mana pemain ini dikenakan penggantungan satu perlawanan terlebih dahulu dan baki satu lagi perlawanan adalah ditangguh tertakluk kepada kelakuan baik pemain ini dalam tempoh lapan bulan dari tarikh surat diterima,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baljit berkata, merujuk kepada Artikel 40 Kod itu, penggantungan dua perlawanan yang dikenakan ke atas pemain terbabit semasa perlawanan JDT menentang Melaka United FC pada 2 April 2021.

“Baki satu lagi perlawanan adalah ditangguhkan terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik pemain ini. 

“Jika pemain ini didapati bersalah mengulangi kesalahan yang sama, baki hukuman penggantungan satu perlawanan ini akan berkuatkuasa dengan serta-merta,” katanya.

Baljit berkata, Natxo juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Tambahnya, hanya keputusan berkaitan hukuman denda dibenarkan untuk rayuan. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This