Lelaki putus cinta nekad serbu ruang majlis akad nikah Jawi

Dari Penulis


PEJABAT Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Kuala Lumpur pagi ini digemparkan dengan aksi nekad seorang lelaki yang menyerbu masuk ke ruang majlis akad nikah jabatan itu sebelum menaiki pelamin kosong.

Aksi nekad lelaki yang dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta itu dikongsi menerusi Twitter rasmi agensi itu, @myJAWIKL.

Ciapan itu menunjukkan gambar seorang lelaki dan dua pengawal keselamatan yang seolah-olah memujuknya.

“Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan ataupun imaginasi novel cinta. Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di JAWI pagi ini, terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat,” tulis ciapan agensi itu.

Pada ciapan berikutnya @myJAWIKL berkata, mereka bersyukur pihak keselamatan dapat tangani insiden itu dengan hikmah. 

Difahamkan pemuda ini mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta. 

“Kami doakan mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan, jalan keluar, dan kemudahan kepada pemuda tersebut menghadapi ujian berat di dalam hidupnya,” tambahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This