JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan siasatan terhadap individu yang disyaki bagi tujuan siasatan berhubung kes penahanan sekumpulan lelaki yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral di sebuah premis di Jalan Raja Laut baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 25 (Liwat), Seksyen 29 (Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam) dan Seksyen 47 (Percubaan) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559).
Katanya, orang yang disyaki (OYDS) tersebut telah dipanggil ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI untuk diambil keterangan dan dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
Jelas beliau, rakaman percakapan tersebut dijalankan berdasarkan kepada Seksyen 59, Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) [Akta560]1997.
“OYDS telah hadir ke Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan JAWI dan memberikan kerjasama yang baik ketika sesi rakaman percakapan diadakan.
“Seterusnya, rakaman percakapan saksi-saksi pula akan dibuat dalam masa terdekat bagi mengumpulkan maklumat dan keterangan bagi menyokong keterangan mereka,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, beliau menyeru semua pihak agar tidak sekali-kali memandang remeh terhadap gejala keruntuhan moral ini. Isu ini jika dibiarkan mampu menghancurkan jati diri generasi akan datang serta mencemarkan maruah negara.
Katanya, institusi dakwah perlu memperhebat usaha penerangan kefahaman Islam yang murni kepada masyarakat di lapangan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

