Kes baharu lebih 1,700, Sarawak pula tiga tertinggi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SARAWAK terus mencatatkan kes positif Covid-19 harian melebihi tiga angka apabila melaporkan sebanyak 443 kes daripada 1,739 kes baharu seluruh negara hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor mencatatkan kes harian baharu tertinggi dengan 535 kes (30.8 peratus) dengan 441 kes daripadanya adalah menerusi kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Beliau berkata, ini diikuti Sarawak dan Sabah iaitu sebanyak 127 kes (7.3 peratus).

Katanya, lapan kes daripada keseluruhan kes baharu yang dilaporkan hari ini merupakan kes import melibatkan tiga warganegara dan lima bukan warganegara.

“Kes sembuh pula berjumlah 1,216 kes manakala kes aktif pula meningkat kepada 15,574 kes.

“Seramai 183 individu memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 81 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak lapan kes kematian pula dilaporkan setakat tengah hari ini melibatkan empat kes di Selangor, dua di Kuala Lumpur dan masing-masing satu kes di Sabah serta Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 1,510 kes baharu, Kelantan antara tiga tertinggi

Sementara itu, Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak lapan lagi kluster baharu telah dikenal pasti hari ini melibatkan lima kluster tempat kerja dan tiga kluster komuniti.

Empat daripada kluster yang dikesan berada di Sarawak manakala dua di Selangor dan masing-masing satu di Kelantan serta Sabah.

“Sebanyak 50 kluster daripada 343 kluster aktif melaporkan pertambahan kes baharu hari ini.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Cybersouth iaitu sebanyak 180 kes, Kluster Jalan Kasawari (49 kes) dan Kluster Telok Mas (44 kes),” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This