Kerana cemburu, tukang masak sanggup tolak isteri dari tingkat 18 kondominium

Dari Penulis

INILAH sebabnya apabila ibu bapa sering menasihatkan anak perempuan mereka agar mencari calon suami terbaik, bukan seorang lelaki yang tidak berguna seperti penagih dadah atau kaki mabuk.

Walaupun sudah setahun berkahwin, seorang lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh bahan terlarang itu sanggup menolak isterinya dari tingkat 18 sebuah kondominium di Georgetown, semalam kerana masalah cemburu.

Selepas kejadian, tukang masak berusia 34 tahun itu ditahan polis kerana disyaki melakukan perbuatan tersebut di Kondominium Bukit Awana, Jalan Bukit Kukus, Ayer Itam.

Suspek dipercayai menolak mangsa yang juga ejen insurans berusia 35 tahun menerusi tingkap di ruang tamu rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek mengaku berlaku pertengkaran sebelum menolak mangsa.

BERITA BERKAITAN Suami bunuh isteri: Polis tunggu keputusan DNA – Ayob Khan

Memetik laporan BH Online, Soffian berkata, punca pertengkaran disebabkan suspek mendakwa isterinya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

“Mereka sudah lebih setahun berkahwin dan belum dikurniakan anak, malah suspek mengaku menolak mangsa selepas pertengkaran itu.

“Suspek ditahan dan polis turut merampas botol yang mengandungi ketulan kristal dan plastik lut sinar mengandungi daun kering dipercayai dadah selain dua telefon bimbit,” katanya di Georgetown, hari ini.

Soffian berkata, ujian saringan air kencing terhadap suspek yang berasal dari Masai, Johor itu mendapati positif ganja tetra hydrocannibol (THC) dan tiada rekod lampau.

Katanya, suspek ditahan reman selama enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Laporan bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat impak jatuh dari tempat tinggi dan pengecaman mayat dilakukan oleh anak saudara mangsa,” katanya.

Semalam, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 18 bangunan itu sebelum terdampar di atas bumbung bilik panel suis milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 12.43 tengah malam.

Bomba menggunakan tangga menurunkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This