TV Alhijrah perkenal kempen Andai Ini Ramadan dan Syawal Terakhir

0
147
tv alhijrah

Sempena meraikan bulan Ramadan dan Syawal yang mulia pada tahun ini, saluran TV AlHijrah turut tidak ketinggalan untuk menyajikan pelbagai program menarik kepada penonton.

Pengerusi TV AlHijrah, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, mereka memilih untuk mengajak penonton menghayati Ramadan dan Syawal tahun ini dengan mengangkat tema Andai Ini Ramadan Terakhir dan Andai Ini Syawal terakhir sepanjang tempoh dua bulan ini.

“TV AlHijrah telah menyediakan pelbagai program menarik bagi memenuhi ruang rohani penonton Ramadan dan Syawal akan datang.

“Kesemua program ini telah disusun rapi dan teliti agar objektif untuk mendidik jiwa, menghiburkan dan memberi pengajaran dapat dicapai sepenuhnya,” jelasnya.

Menurut Hussamuddin lagi, kempen Andai Ini Ramadan Terakhir dan Andai ini Syawal Terakhir didokong tiga inisiatif utama stesen.

Ujarnya, inisiatif pertama adalah penerbitan dan penyiaran 24 rancangan baharu dan istimewa genre dokumentari, rancangan kanak-kanak, komedi, masakan, kerohanian serta filem.

Bagi inisiatif kedua pula adalah inisiatif platform digital TV AlHijrah dan ketiga merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah.

tv alhijrah
Skuad Bubur Lambuk antara CSR yang dianjurkan oleh TV Alhijrah

*Program-program menarik sempena Ramadan 2021

-Haflah (Khamis & Jumaat pukul 10 malam – bermula 1 April)
-Omar & Hana (Isnin hingga Sabtu pukul 11.30 pagi – bermula 12 April)
-CAMCA Edisi Ramadan (Pukul 6.30 petang – bermula 10 April)
-Ihya Ramadan (Isnin hingga Ahad pukul 7.00 petang – bermula 13 April)
-E-Kaunter Netizen (Ahad pukul 7.30 malam – bermula 18 April)
-Hijrah Berselawat (Sabtu pukul 10.00 malam – 24 April)
-Aura Al-Qadar (Setiap Hari pukul 10.30 malam – bermula 28 April)
-Drama Andai Ini Ramadan Terakhir (Pukul 7.00 malam – bermula 13 April)
-Sebuah Kehidupan (Jumaat & Sabtu pukul 7.30 malam – bermula 16 April)
-Ittabiouni (Isnin hingga Rabu pukul 10.00 malam – bermula 13 April)
-Al-Farabi (Khamis pukul 5.30 petang – bermula 15 April)
-My #HadithTime (Isnin hingga Jumaat pukul 5.00 petang – bermula 1 April)

*Program-program menarik sempena Syawal 2021

-Camca Edisi Syawal (13 Mei pukul 6.30 petang)
-Hijrah Berselawat (12 Mei pukul 9.00 malam)
-Tau Tau Dah Raya (12 Mei pukul 10.00 malam)
-Raya, Raya Juga (13 Mei pukul 9.00 malam)
-Bioskop Hijrah – Hafalan Shalat Delisa (13 Mei pukul 10.00 malam)
-Haflah Istimewa Syawal (14 Mei pukul 9.00 malam)
-Bioskop Hijrah – Wanita Berkalung Sarban (14 Mei pukul 10 malam)
-Telemovie – Bebenang PKP Anis (15 Mei pukul 9.00 malam)
-Bapa Posa Anak Raya (16 Mei pukul 9.00 malam)
-Gema Haflah Istimewa Syawal (22 Mei pukul 9.00 malam)
-Dokumentari Sudirman Chow Kit Road (16 Mei pukul 6.00 petang)