Eyra Hazali hadiahkan kereta buat orang tuanya -“…tidak sebesar jasa besarkan kami tujuh beradik…”

Dari Penulis

SEBAGAI menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang membesarkan dirinya hingga dewasa, pelakon Eyra Hazali lega apabila dapat menghadiahkan sebuah kereta jenis Proton X70 kepada orang tuanya sebagai menghargai penat lelah mereka.

Menurut Eyra atau nama penuhnya Hazirah Qasdina Hazali,22, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk membelikan sebuah kenderaan bagi keselesaan orang tuanya.

“Alhamdulillah, syukur. Selalu tertanya-tanya bilalah dapat belikan mummy dan ayah kereta yang lebih selesa. Siapa sangka, rezeki melimpah ruah sejak awal tahun dan selepas menunggu dari bulan Februari, tepat pada masanya, alhamdulillah dapat serahkan sendiri dekat mereka.

“Hadiah ini tak sebesar jasa mummy dan ayah untuk besarkan kami tujuh beradik, selagi ada kudrat, saya akan buat apa saja untuk senangkan mummy dan ayah,” tulisnya di Instagram.

Malah, suami Eyra yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nadzli turut membeli sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire untuk kegunaan keluarganya.

Haziq turut membeli sebuah kereta untuk kemudahan keluarganya

Untuk rekod, Eyra mendirikan rumah tangga dengan Haziq pada 1 November 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia lapan bulan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This