PELAKON Eyra Hazali membuat laporan polis di Johor Bahru semalam terhadap syarikat pelaburan wang ringgit yang menggunakan gambar dia sekeluarga bagi tujuan menarik minat orang ramai di laman sosial Facebook.
Dedah Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali,21, dia telah menghubungi individu disebalik akaun itu untuk menurunkan ‘posting’ terbabit, namun pihak tidak bertanggungjawab itu gagal berbuat demikian.
“Saya terima mesej langsung (DM) pada hari Khamis lepas yang menyatakan ada satu akaun Facebook telah menggunakan gambar keluarga Eyra serta kapsyen yang palsu. Allahuakbar.
“Saya dah pun hubungi orang itu untuk turunkan gambar, tapi mereka tak nak percaya saay empunya gambar itu. Katanya, ada ahli mereka yang bagi, bila tanya tak nak jawab dam sebenarnya ada bukti lain yang mereka memang suka-suka saja ambil gambar orang lain juga.
“Mereka pun tak nak turunkan ‘posting’ sebba iyala, ramai mesej jadi rasa strategi pemasaran berjaya, tapi tak!,” katanya menerusi entri di Instagram.
Menurut isteri kepada penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli itu lagi, walaupun dia ada mengugut untuk membuat laporan polis, namun individu terbabit seakan ‘kebal’ dengan ugutan tersebut.
“Saya ugut nak buat laporan polis pun dia tak takut, mungkin seronok tengah pegang duit orang? Tapi saya dah buat laporan polis semalam,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon Mr. Grey ini turut meminta kerjasama pengikutnya untuk meninggalkan komen di ‘posting’ berkenaan sebagai satu kesedaran agar orang ramai tidak mudah terpedaya.
“Tolong sesiapa yang nampak ‘post’ ini dekat Facebook, tolong komen dekat situ, ini semua menipu.
“Dalam akaun facebook dia tak ada ‘post’ ini, tapi selalu keluar dekat ‘timeline’ yang lain sebagai ‘sponsored’.
“Kalau terdesak sangat cari duit, banyak lagi cara yang halal. Bagi keluarga kenyang pun tak guna kalau haram. MasyaAllah…Tolong sebarkan ya,” katanya.
Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

