Nak tahu sebab apa Jennie Blackpink jadi ‘bahan’ ketika pembedahan plastik? Jom! baca ini…

Dari Penulis

BINTANG Kpop popular, Jennie Blackpink antara anak seni yang sering dijadikan ‘contoh’ saat wanita Korea Selatan berkunjung ke pusat kecantikan.

Pasti anda semua ingin tahu kenapa, kan? Dua orang pakar pembedahan plastik iaitu Park Moon Soo dan Kook Hwa memberitahu, ramai pesakit membawa foto Jennie ke klinik kecantikan dan meminta untuk mengubah sebahagian anggota mereka agar mirip seperti pelantun lagu Solo itu.

Hal inilah yang membuatkan wanita berusia 25 tahun itu terkenal di hampir kebanyakkan klinik kecantikkan yang terdapat di Korea Selatan.

Ketika muncul di saluran Youtube baru-baru ini, Moon Soo dan Hwa yang merupakan pemilik Klinik Kecantikkan Moon mendedahkan, wajah Jennie menjadi kegilaan ramai wanita di sana kerana menganggap struktur wajahnya sangat sempurna.

jennie blackpink

Menurutnya, Jennie memiliki dagu yang pendek dan rahang kecil yang menjadikan penampilannya kelihatan comel. Malah, matanya yang sepet dan bibir tebal melengkapkan lagi keseksian yang ada pada dirinya.

Saranan pakar itu lagi, jika ada yang berminat untuk melakukan pembedahan plastik, adalah lebih baik bawa gambar selebriti yang mempunyai persamaan dengan diri sendiri. Jangan hanya mudah tertarik dengan kejelitaan Jennie semata-mata jika tidak mahu hasilnya kurang memuaskan hati.

SUMBER: Koreaboo

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This