PENGANJURAN dua buah konsert berskala besar tahun lalu melibatkan persembahan Blackpink dan Coldplay berjaya menjana pulangan ekonomi lebih ratusan juga ringgit kepada negara.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan, konsert Blackpink sebagai contoh membawa pulangan ekonomi bernilai RM64 juta manakala konsert Coldplay pula RM130 juta.
Selain itu, katanya, ia turut memberi sumbangan menerusi percukaian di mana Blackpink dan Coldplay masing-masing menyumbang RM2.7 juta serta RM8 juta kepada kerajaan.
“Ini bermaksud pulangan hasil bagi sebuah konsert bersamaan dengan lebih kurang penganjuran dua acara sukan.
“Penganjuran acara konsert tidak hanya memberikan pulangan kepada perbadanan stadium malahan turut dinikmati pelbagai sektor seperti e-hailing, hotel, pengangkutan dan logistik,” katanya.
Baca artikel lain: Pengiktirafan Bak Kut Teh makanan warisan ikut lunas undang-undang
Beliau berkata demukian ketika menggulung perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Hannah menambah, meskipun dua konsert berkenaan memberi impak ekonomi besar namun ia sama sekali tidak akan menjejaskan komitmen kementerian terhadap keutamaan memiliki padang bola yang baik.
Katanya, perkara ini dapat dilihat melalui syarat ketat yang dikenakan ke atas penganjur sebelum sesuatu konsert boleh mengambil tempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Malah, tegas beliau, Kementerian Belia dan Sukan juga meletakkan tanggungjawab kos pemulihan padang di atas bahu penganjur konsert dan bukannya Perbadanan Sukan Malaysia (PSM).
“Saya nak bagi keyakinan kepada semua bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan rumah kepada Harimau Malaya dan perlawanan mereka selalu mendapat perhatian dan fokus KBS.
“Itu sebab selalunya kita melibatkan banyak mesyuarat dalam pastikan perlawanan boleh berlangsung…untuk pastikan standard kita jaga,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

