“Doakan yang terbaik buat saya, hanya Allah sahaja tahu isi hati ini…” – Nonny Nadirah

0
1302
nonny nadirah

MENGAMBIL keberkatan bulan Ramadan yang bermula hari ini, pelakon yang mencetuskan kontroversi dengan penampilan terbaharunya baru-baru ini, Nonny Nadirah turut berkesempatan memohon maaf kepada semua.

Malah Nonny,31, juga meminta masyarakat mendoakan yang terbaik buat dirinya agar kuat mendepani ujian yang mendatang.

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah buat ‘fasal’ lagi, kongsi gambar tak berbaju pula , Kongsi gambar seksi, ramai dakwa akaun Instagram Nonny Nadirah digodam , Nukilan sedih Mila Jirin buat Nonny Nadirah -“Tolong kuat! Jangan terpedaya dengan syaitan!

“Assalamualaikum, saya rindu semua. Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, saya ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap yang terang mahupun yang tersembunyi.

“Doakan yang terbaik buat saya. Lillahi Ta’ala saya sayang semua kerana Allah. Keluarga, sahabat, peminat…maaf, terima kasih untuk semuanya,” katanya.

nonny nadirah
Kenyataan Nonny di Instagram Story

Sementara itu, anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu juga enggan mengulas lanjut tentang dakwaan mengenai penampilannya terbaharunya yang tidak lagi berhijab.

Katanya, setiap individu menjalani ujian yang berbeza-beza dan sebagai seorang manusia biasa, dia menerima semua kata-kata yang dilemparkan kepada dirinya.

“Saya simpan semua komen saya. Hanya Allah saja yang mengetahui segala isi hati. Minta maaf. Jangan tinggalkan yang fardhu, buatlah yang termampu.

“Mana yang baik, ambil kerana semua itu datangnya daripada Allah. Yang tak baik itu saya. Setiap individu itu melalui fasa ujian yang berlainan.

“Apa pun yang anda cakap saya terima dengan hati yang terbuka. Saya sayang anda semua. Selamat berpuasa, jaga diri,” ujarnya.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

TONTON VIDEO PILIHAN: