“COVID tidak pilih tempat” – Ustaz Azhar bidas larangan berbuka di masjid, tetapi dibenarkan di hotel

Dari Penulis

ATAS nasihat jabatan agama negeri masing-masing, kebanyakan masjid dan surau di seluruh negara dilarang mengadakan majlis berbuka puasa kerana dikatakan bertujuan membendung penularan wabak COVID-19 dari merebak.

Bagaimanapun, arahan tersebut seperti tidak ‘tertakluk’ untuk pihak hotel dan restoran daripada mengadakan majlis berbuka atau bufet Ramadan untuk orang ramai menikmati jamuan.

Penceramah besar, Ustaz Azhar Idrus tidak bersetuju dengan larangan tersebut yang diadakan di negeri Terengganu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar melalui akaun Facebooknya.

Beliau berkata, undang-undang atau larangan terbabit sepatutnya diadakan kepada semua majlis berbuka puasa lain yang dihadiri ramai orang dan bukan sahaja tertakluk kepada masjid dan surau.

BERITA BERKAITAN Lebih 80 peratus ingkar SOP PKP semalam sebab pusat hiburan

Tambahnya lagi, hotel dan restoran juga patut mengamalkan larangan yang sama kerana wabak COVID 19 tidak memilih tempat.

“Buat larangan untuk semua majlis berbuka puasa yang ada orang ramai, bukan di masjid saja tetapi hotel dan restoran dan dewan dan lain-lain sebab Covid tak pilih tempat,” katanya dalam komen mengenai pengumuman tersebut di Facebook Dr Ahmad Shamsuri.

Komen Ustaz Azhar tersebut mendapat respons positif dari netizen dengan mendapat 11,000 likes, 1,400 reply dan 809 komen setakat malam ini.

Kebanyakan netizen menyokong kenyataan Ustaz Azhar tersebut dengan berkata sebarang peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung virus itu daripada menular sepatutnya melibatkan semua tempat yang ramai orang.

Dr Shamsuri sebelum itu memetik laporan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad yang memaklumkan jamuan berbuka puasa tidak dibenarkan diadakan di semua masjid dan surau sepanjang Ramadan .

Turut tidak dibenarkan adalah moreh dan juga jamuan makan sahur.

Katanya, larangan majlis jamuan berbuka puasa, moreh dan makan sahur di semua masjid serta surau dilakukan bagi membantu kerajaan membendung penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, jelasnya, jemaah masih dibenarkan berbuka puasa, moreh serta makan sahur makanan berbungkus dan tidak membabitkan jumlah yang ramai.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This