PUSAT Tahanan Sementara (PTS) Menggatal, Kota Kinabalu. FOTO BERNAMA

KETIKA rakyat Malaysia sedang bersedih kerana kemungkinan tidak dapat balik beraya lagi tahun ini, sekumpulan rakyat asing yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) telah merusuh kerana sebab yang sama.

Akibat tidak puas hati kerana tidak dibenarkan pulang menjelang Hari Raya Aidilfitri, sekumpulan tahanan DTI Manggatal di Kota Kinabalu dilaporkan merusuh sehingga terpaksa dikawal pasukan polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, keadaan bagaimanapun berjaya dikawal selepas pasukan Unit Tempur Ringan (LSF), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian.

Memetik lapran AstroAwani, beliau berkata, susulan kejadian yang berlaku pagi tadi itu, tiada sebarang kecederaan mahupun tahanan yang berjaya meloloskan diri dilaporkan.

BERITA BERKAITAN Dua lokap tahanan PATI di Johor dilaksana PKPD

“Keadaan terkawal dan tiada tahanan yang melarikan diri.

“Kita cuma dimaklumkan terdapat beberapa kerosakan dalam kejadian berkenaan yang hanya membabitkan sebuah blok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hazani berkata, siasatan awal mendapati, kebanyakan tahanan dipercayai tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan pulang menyambut hari raya.

“Sebab pertama tahanan bertindak sedemikian disebabkan mereka tidak dapat balik hari raya.

“Kalau ingat, (pada) 2015 lalu, dua hari sebelum hari raya, mereka merusuh juga sebab nak balik raya.

“Masalah sekarang ini, penghantaran balik juga sedikit terganggu disebabkan pandemik COVID-19,” katanya lagi.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram