TV AlHijrah & Palestine TV jalin kerjasama

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

STESEN televisyen AlHijrah terus komited melebarkan sayap dakwah serta menjadi pemangkin penyebaran mesej Islam di Malaysia serta peringkat antarabangsa.

Manifestasi iltizam dan komitmen itu akan diterjemahkan menerusi pelbagai cabang serta ruang kerjasama yang bersesuaian serta memanfaatkan ummah secara keseluruhan.

Terbaru, stesen berkonsepkan gaya hidup Islam itu bersedia meneroka ruang kerjasama dengan Palestine TV yang berpusat di Ramallah, Tebing Barat.

Mesyuarat atas talian antara TV Alhijrah, Palestine TV dan Walid Ali

Komitmen itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, sewaktu pertemuan antara kedua-dua pihak yang diadakan menerusi mesyuarat atas talian, baru-baru ini.

“Kita akan rancang pelan jangka pendek dan panjang bagi kerjasama ini. Ia akan menjurus kolaborasi dari sudut kandungan Berita dan Ehwal Semasa serta dokumentari tentang budaya dan sejarah Palestin itu sendiri.

“Berita Alhijrah juga akan mendapat laporan dan visual secara terus serta potensi menerima laporan secara langsung daripada wakil Palestine TV yang berpusat dari Gaza, Baitulmaqdis dan seluruh Palestin menerusi talian Skype atau Zoom,” katanya.

Menurut Namanzee lagi, pihak Palestine TV turut bersetuju untuk memberikan akses secara terus bahan-bahan siaran termasuk kapsul-kapsul serta dokumentari pendek yang disiarkan mereka.

Turut dicadangkan siaran solat sunat Aidilfitri dari Masjidil Aqsa yang berkemungkinan disiar di TV AlHijrah, 1 Syawal 1442H nanti.

Perbincangan strategik itu turut dihadiri Duta Palestin ke Malaysia, H.E. Walid Abu Ali serta barisan pengurusan tertinggi kedua-dua organisasi.

Walid berkata, beliau amat berkeyakinan dan menaruh kepercayaan kepada kemampuan serta kewibawaan TV AlHijrah dan Palestine TV dalam meneroka lebih banyak potensi kerjasama agar manfaat akan diperolehi kedua-dua pihak.

“Antara yang menarik adalah pertukaran kandungan bahan-bahan siaran daripada TV AlHijrah termasuk kandungan yang mempromosikan pelancongan dan budaya negara ini bagi keperluan siaran dokumentari di Palestine TV.

“Peluang ini juga dapat digunakan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia mengenai isu Palestin serta memberikan ruang kepada semua untuk membantu rakyat Palestin,” ujarnya.

Dalam perbincangan itu juga, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memperkemaskan kerjasama erat ini dengan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak yang dijadualkan selepas Aidilfitri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This