Bihun sup tulang tumis darat. Wajib ada lobak masin, barulah ngam

Dari Penulis

Bihun sup utara ini ada ‘signature’ tersendiri, gandingan bihun kuning, sambal merah dan sup…memang memukau. Cara untuk sediakannya juga cukup mudah. Jelas Erymawati Baharom, bihun sup ini dimasak tumis darat, sup dituang ke dalam mangkuk sewaktu mendidih.

Bihun Sup Utara (Sup Tulang)

Bahan :

1 pek Bihun

1 sudu Kunyit

Cara :

Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit. Kemudian basuh dan tapis.

Bahan Sup Tulang :

1 kilo Tulang dicampur sedikit daging

2 batang Serai – ketuk

2 inci Halia – diketuk

4 ulas Bawang putih – ditumbuk

4 ulas Bawang merah kecil – ditumbuk

1 batang Kulit kayu manis

1/2 sudu kecil Bunga cengkih – ditumbuk kasar

1/2 sudu kecil Lada hitam – ditumbuk kasar

3 kuntum Bunga lawang

4 biji Buah pelaga

Sedikit batang daun sup

Air secukupnya

Cara :

Masukkan semua bahan bahan ke dalam periuk.

Rebus sehingga empuk, kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.

Selepas sup dah masak, boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup. Kalau taknak buat pon tak apa.

Bahan cabai merah :

Cili kering yang telah dikisar atau ciliboh atau cili yang siap dikisar

Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk

Asam keping atau air asam jawa atau cuka

Garam

Gula

Cara :

Tumis bawang dan kemudian masukkan cili. Masak sampai pecah minyak.

Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka, garam dan gula. Boleh juga masukkan sedikit sos cili jika tak nak masukkan gula.

Bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun

Daun bawang

Daun sup

Lobak masin (kalau bihun sup utara, hat ni agenda wajib kena ada. Bukan sunat)

Bawang goreng

Selamat mencuba??

Bihun sup utara..cabainya merah..bihunnya kuning?

Kredit Resepi : zaini talib

Sumber : ErymawaTi BaHarom


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih 14,900 penerima di enam negara nikmati manfaat Program Ihsan Korban

Semangat pengorbanan Aidiladha terus diterjemahkan melalui misi kemanusiaan apabila Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) berjaya menyantuni lebih 14,900 penerima di...

More Articles Like This