makan tangan

SEMEMANGNYA bila ada orang asing yang cuba makan menggunakan tangan akan kelihatan kekok. Begitu juga terjadi kepada seorang gadis berdarah kacukan Malaysia-Amerika ini.

Namun menurut Amalina Smith, 22, gadis baru sahaja menyedari teknik makan menggunakan tangan yang dipraktikkannya adalah salah setelah ditegur oleh rakannya baru-baru ini.

Apa yang menarik, video yang menunjukkan dia makan menggunakan tangan sambil ditegur oleh rakannya mendapat perhatian netizen sehingga neraih setengah juta tontonan dalam 1 malam dan hingga kini telah mencapai 71,000 likes.

“Saya dibesarkan di Malaysia. Jadi memang dah selalu makan dengan tangan. Selama ni tiada siapa pernah tegur, tapi saya selalu perasan orang suka perhati saya makan.

“Tiba-tiba semalam (Sabtu), kawan tegur. Saya tanya apa yang salah? Dia tanya, kenapa masukkan semua jari dalam mulut masa suap makanan?

“Saya pun baru sedar. Jadi untuk kepastian, kawan suruh saya makan sambil dia rakam video untuk kami tengok semula,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Nina, dia kemudiannya secara spontan berkongsi video itu di TikTok dan tidak menyangka akan menerima setengah juta tontonan dalam tempoh satu malam sahaja.

Menurut Nina, dia terkejut dengan penularan video itu, namun bersyukur apabila tidak menerima sebarang komen negatif di platform itu.

Saya pun baru je aktif di TikTok pada tahun ni. Memang tak tidur malam baca komen. Alhamdulillah tiada yang kecam, semua terhibur je.

“Ramai juga yang komen, mereka kata confuse dengan cara diri sendiri makan nasi pakai tangan lepas tengok video saya.

“Saya fikir akan ada orang kecam dan sebagainya, tapi semuanya positif dan menghiburkan,” ujarnya yang menetap di Gombak, Selangor.

Bercerita mengenai dirinya, Nina merupakan graduan bidang Sains Politik yang kini menjalankan perniagaan produk minuman kesihatan.

Jelasnya, penularan video itu turut membuka pintu rezeki apabila ramai yang menghubungi untuk bertanyakan mengenai produk yang dijual.

Dedah Nina lagi, dia sepatutnya berangkat ke Amerika Syarikat pada tahun lalu untuk menyambung pengajian dalam bidang sama, namun ditunda sehingga tahun depan gara-gara pandemik Covid-19.

“Sepatutnya September tahun lepas saya sambung belajar, tapi ia dah ditunda ke tahun depan.

“Sekarang saya tak ada buat apa-apa, cuma buat bisnes sikit-sikit. Sejak viral, banyak direct message (DM) yang masuk, nak tahu pasal produk,” ujarnya lagi.

@theninasmith

My malay grandma would be hitting me with a senduk right now if she sees this 😫😂 #fypmalaysia🇲🇾 #fyp

♬ original sound – NINA SMITH – NINA SMITH