Kebolehjangkitan naik sedikit, 9 negeri atasi nasional

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS dua hari kekal pada tahap 1.07, purata kadar kebolehjangkitan COVID-19 negara atau R naught (Rt) berdasarkan kes semalam kembali naik kepada 1.09.

Walaupun hanya melaporkan sebanyak 73 kes positif COVID-19 baharu semalam, namun kadar Rt di Terengganu terus meningkat kepada 1.38 berbanding 1.35 hari sebelumnya.

Nilai Rt untuk Terengganu itu bagaimanapun masih sedikit rendah berbanding 1.43 yang dicatatkan pada hari Isnin lalu.

Pada masa yang sama, lapan negeri lain turut merekodkan kadar Rt melebihi purata kebangsaan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Kedah turut mencatatkan kadar Rt melebihi 1.20 iaitu pada tahap 1.25 semalam dengan lima daerah di negeri itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 Mei ini.

Baca artikel berkaitan: Terengganu terus catat kebolehjangkitan COVID-19 tertinggi

Beliau berkata, negeri lain yang menyaksikan Rt melebihi kebangsaan adalah Selangor pada kadar 1.19; Negeri Sembilan (1.17); Perak (1.16) dan Johor (1.15).

Selain itu, kata Dr. Noor Hisham, Pulau Pinang dan Melaka pula masing-masing merekodkan 1.13 manakala Putrajaya pada kadar 1.12.

“Di Kelantan, nilai Rt berada pada tahap 1.09; 1.08 di Kuala Lumpur; 1.07 di Labuan dan 1.06 di Pahang.

“Kadar Rt di Sarawak berada pada tahap 1.00 manakala hanya Sabah merekodkan Rt di bawah 1.00 iaitu sebanyak 0.87. Perlis pula hanya mencatatkan satu kes semalam,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke media sosial miliknya malam tadi.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Januari lalu ialah 0.81 pada 3 Mac.

Yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini menjangkakan negara bakal mencapai kadar Rt kurang 1.0 menjelang Mei depan.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This