Maybank tidak bercadang tutup cawangan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WALAUPUN kajian mendapati hampir 600 cawangan perbankan runcit di Malaysia dijangka ditutup dalam tempoh 10 tahun akan datang, namun Maybank Bhd. memberi jaminan tidak bercadang melaksanakan penutupan operasi mana-mana cawangannya di seluruh negara.

Sebaliknya, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias menegaskan industri perbankan itu akan terus memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan di setiap cawangannya.

Sambil mengatakan isu tersebut telah dibincang secara meluas dalam Maybank, Abdul Farid melihat cawangan masih memainkan peranan penting bukan sahaja kepada institusi perbankan itu tetapi juga buat pelanggan.

Abdul Farid malah berkata, jumlah cawangan Maybank juga akan tidak akan dikurangkan, sebaliknya akan ditambah bagi menyediakan perkhidmatan terbaik seiring peredaran zaman.

“Kita akan membuat banyak perubahan dari segi reka bentuk dan struktur serta kepada siapa perkhidmatan diberikan tetapi ia akan mengambil masa beberapa tahun lagi bergantung kepada struktur ekonomi dan lokasi cawangan tersebut.

“Apa yang pasti bagi kami adalah perubahan kepada jenis perkhidmatan yang akan ditawarkan nanti. Pekerja juga akan dilatih semula bagi memenuhi keperluan semasa,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Keuntungan bersih Maybank merosot 21%, catat RM6.48 bilion

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Maybank ke-61 hari ini secara maya.

Turut hadir, Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd. Isa.

Abdul Farid diminta mengulas kajian dijalankan syarikat perunding terkemuka Eropah, Roland Berger bertajuk Branching out – The future of retail banking networks yang mendapati hampir 600 cawangan perbankan runcit di Malaysia dijangka ditutup dalam tempoh 10 tahun lagi.

Pengecilan operasi perbankan itu sejajar dengan ledakan teknologi kewangan (fintech) yang menyaksikan pelanggan beralih kepada perkhidmatan digital.

Dalam pada itu, Maybank kini berada dalam fasa 5 tahun strategiknya dikenali sebagai M25 yang direka khusus bagi mempercepat pertumbuhan dan mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan kumpulan perkhidmatan kewangan terkemuka di negara ini.

M25, dibangunkan selepas Pelan Maybank 2020 yang berakhir tahun lalu menetapkan hala tuju dan strategi kumpulan perbankan itu sehingga 2025.

Menurut Zamzamzairani, M25 akan memberi tumpuan kepada perkhidmatan kewangan bercirikan kemanusiaan yang mana telah diberi nafas baharu untuk mencerminkan keutamaan jangka panjang dan landskap operasi baharu.

“Pelan ini akan menerapkan elemen digital dan kelestarian serta memberi penjelasan mengenai perubahan yang kami akan laksanakan dan apa yang menjadi keutamaan kepada pihak berkepentingan,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This