MALAYAN Banking Bhd (Maybank) hari ini memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.
“Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran Duitnow QR tanpa caj, seperti amalan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peniaga dengan lebih awal, kata bank tersebut.
Baca artikel berkaitan: Caj transaksi DuitNow QR telah dikecualikan sejak 2019, jangka tiada kenaikan harga barang – PayNet
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), yang mengendalikan kod DuitNow QR, baru-baru ini menjelaskan bahawa penepian bagi caj kadar diskaun pedagang (MDR) selama empat tahun ke atas peniaga akan tamat tempoh pada 1 Nov 2023.
Buat masa ini, pembayaran kad debit dan kredit adalah tertakluk kepada MDR.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

