AKTOR Datuk Adi Putra menyuarakan rasa tidak puas hati selepas tarikh dan lokasi temujanji untuk mendapatkan suntikan vaksin diubah pada saat akhir.
Lebih membuatkan dia naik angin apabila lokasi yang didaftarkan menerusi aplikasi MySejahtera pada awalnya di Kuala Lumpur secara tiba-tiba ditukar ke Kelantan.
Pelakon berasal dari Singapura itu turut menempelak kerajaan atas kesilapan yang berlaku itu.
“Kerajaan gagal…serius gagal!.
“Saya buat temujanji vaksin di aplikasi MySejahtera pada 16 Mei di PWTC, pukul 11.30 pagi. Hari ini saya buka MySejahtera, tiba-tiba tarikh dan lokasi bertukar.
“Saya duduk Kuala Lumpur bukan Kelantan Bod*h!,” katanya.
Adi atau nama penuhnya Mohamed Hadi Putera Halim, 40 meluahkan rasa berangnya menerusi entri di Instagram.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, tarikh dan lokasi baharu untuk pelakon itu menerima vaksin ialah pada 25 Mei di Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor, Kelantan.
Bagaimanapun, menerusi pemerhatian URTV di ruangan komen Instagram aktor tersebut, ramai pengikutnya menyelar dan mengutuk tindakan Adi yang meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan tanpa usul periksa.

