Adi Putra, Johan As’ari ke Jakarta atas jemputan FINAS & wakil pengedar di Indonesia

Dari Penulis

AKTOR Datuk Adi Putra akhirnya hadir ke Malam Gala Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang dijadualkan berlangsung malam ini di Jakarta, Indonesia.

Menerusi entri di Instagram miliknya, Adi berterima kasih kepada CBI Pictures selaku wakil pengedar filem di negara berkenaan kerana menjemputnya.

Malah, ujar Adi,41, kedatangannya ke sana juga turut atas kapasiti jemputan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan pelakon di negara itu, Yayan Ruhian.

“Terima kasih kepada CBI, Yayan Ruhian dan FINAS yang menjemput saya ke Jakarta untuk tayangan perdana filem Mat Kilau di Indonesia.

“Semoga dipemudahkan kepada semua warga Indonesia. Semoga dapat sambutan yang baik dengan hati dan tangan terbuka.

“Allah Maha Kaya, kebangkitan pahlawan, kebangkitan pejuang, kebangkitan kebenaran dan taat pada yang satu,” katanya dalam satu perkongsian video di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Studio Kembara sudah hubungi Adi Putra, tidak berjawab

Malah, pelakon Johan As’ari yang memegang watak sebagai Yassin turut bersama dengan Adi.

Sebelum ini, Adi menegaskan pendiriannya untuk tidak hadir ke tayangan perdana filem terbabit selepas timbul salah faham dengan pihak penerbit, Studio Kembara Sdn.Bhd.

Adi meluahkan rasa terkilan dengan sikap penerbitan yang didakwa masih ‘silent mode’ sehingga berlakunya masalah komunikasi.

Dalam pada itu, Adi memberitahu hanya akan terbang ke Jakarta jika mendapat jemputan daripada pengedar serta penganjur di negara itu bagi mempromosikan filem lakonannya.

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan akan ditayangkan bermula 31 Ogos di Indonesia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This