Lokman Adam ditangkap lagi di bawah Ordinan Darurat

Dari Penulis

BEKAS ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam ditangkap buat kali kedua di bawah Ordinan Darurat.

Dalam catatan di Facebook, Lokman mengesahkan dia disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Malam ni besar kemungkinan saya akan terus ditahan di sini (balai polis) dan esok akan dibaca untuk dapatkan penahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Mohon sahabat handai dan teman seperjuangan mendoakan kesejahteraan saya, dan semoga saya dibebaskan segera untuk bersama keluarga dalam menyambut syawal ysng bakal tiba,” katanya dalam catatan itu malam tadi.

Sementara itu, harian Harian Metro memetik Ketua Polis Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah sebagai mengesahkan penangkapan Lokman awal petang semalam.

Dia juga mengatakan siasatan akan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Sebab penangkapan terbaru Lokman setakat ini tidak jelas dan beliau merupakan pengkritik lantang terhadap pentadbiran Perikatan Nasional (PN), termasuk berhubung pendekatan kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.

Bulan lalu, Lokman ditahan polis mengikut ordinan sama kerana kenyataannya mengenai kematian pegawai polis di Pahang, Allahyarham Asisten Komisioner Shariman Saidin yang disahkan mengalami sakit jantung.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

JPA tawar 640 slot penajaan lepasan SPM 2026, calon boleh mula semak mulai hari ini

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan penawaran sebanyak 640 slot penajaan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2026 sebagai...

More Articles Like This