UMNO berterima kasih pada PM bantu proses Najib – Lokman Adam

Dari Penulis

UMNO mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membantu proses mengurangkan hukuman bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menaruh, keyakinan Anwar akan bersama parti tersebut dalam usaha mendapatkan keadilan bagi Najib.

“Kalau ikutkan Najib permohonan pengampunan diraja ini sepatutnya hanya boleh didengar selepas Najib menjalani satu pertiga hukuman.

“UMNO yakin bahawa Najib gagal mendapat keadilan daripada awal perbicaraan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Pada masa sama, katanya, UMNO akan menganjurkan kempen mengumpul tandatangan ahlinya di seluruh negara dalam usaha mendapatkan pengampunan penuh diraja untuk Najib.

Baca artikel lain: Projek pembinaan kereta kabel Bukit Bendera bermula April, dijangka siap akhir 2025

“Kita (Ahli MKT UMNO) menjunjung kasih keputusan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Lembaga Pengampunan.

“Namun, kita bersedih kerana Najib tidak diberikan pengampunan penuh, dan UMNO akan berusaha mengumpulkan tandatangan di seluruh negara untuk merayu Yang di-Pertuan Agong Ke-17 supaya mempertimbangkan sekali lagi pengampunan diraja kepada Najib,” katanya.

Selain pengampunan penuh, Lokman memaklumkan, UMNO juga berusaha membantu Najib memohon parol bagi menjalani lebihan hukuman di luar penjara selain hukuman tahan rumah.

Katanya, perkara itu secara konsensus dipersetujui kepemimpinan UMNO dan semuanya akan berdiri teguh bersama Presiden meneruskan pembelaan terhadap Najib.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat lelaki menyamar sebagai penjawat awam

POLIS menjalankan siasatan terhadap seorang lelaki disyaki menyamar sebagai penjawat awam yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kajang,...

More Articles Like This