Hamas, Israel terjerumus perang lebih besar, angka kematian penduduk terus meningkat

Dari Penulis

PERSETERUAN antara Israel dan Hamas terus meningkat semalam mengakibatkan jumlah kematian akibat serangan bersenjata antara kedua-dua belah pihak meningkat kepada 32 orang bagi Palestin manakala tiga orang bagi Israel.

Puluhan serangan udara tentera rejim di Gaza menyaksikan kumpulan pejuang Islam bertindak balas melancarkan lebih 100 roket ke Tel Aviv.

Sebuah bangunan kediaman 13 tingkat menyembah bumi dibedil tentera rejim. Foto MEDIA SOSIAL

Memetik laporan agensi berita Reuters, sebuah bangunan kediaman 13 tingkat di Gaza musnah dalam serangan udara tentera rejim, satu daripada ratusan sasaran Hamas yang dibedil Israel.

Pertempuran sengit antara Hamas dan Israel itu adalah yang paling sengit sejak perang 2014 sekali gus membangkitkan kebimbangan antarabangsa situasi semasa akan merebak di luar kawalan.

Duta keamanan Asia Barat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tor Wennesland menggesa kedua-dua pihak segera menghentikan serangan.

Tangkap layar serangan roket kumpulan Hamas ke atas Israel. Foto MEDIA SOSIAL

“Tindakan mereka menjerumus kepada perang besar-besaran. Pemimpin kedua-dua pihak bertanggungjawab meredakan konflik ini,” ciapnya di Twitter.

Tambahnya, kos perang di Gaza amat menyedihkan dan ia sedang dibayar oleh rakyat biasa. PBB sedang bekerja dengan semua pihak untuk mengembalikan keamanan.

Sebuah bas musnah akibat dibedil roket Hamas di Tel Aviv. Foto MEDIA SOSIAL

Awal pagi hari ini, penduduk Gaza melaporkan rumah mereka bergegar dan ruang udara diterangi serangan udara Israel.

Hamas dan kumpulan Jihad Islam tidak duduk diam apabila melancarkan ratusan roket yang dipintas peluru berpandu pertahanan udara Israel.

Penduduk Israel yang panik bertempiaran  lari mendapatkan perlindungan selepas mendengar bunyi siren dan letupan.

Di Tel Aviv, serangan Hamas berjaya mengenai kawasan komersial sekali gus memberi cabaran baharu dalam konfrontasi antara Hamas dan rejim.

Keganasan terbaharu itu berikutan pertempuran antara polis Israel dan penduduk Palestin di Baitulmuqaddis yang mencederakan ratusan umat Islam semasa mereka sedang berpuasa di bulan Ramadan.

Peningkatan keganasan itu juga menjelang keputusan mahkamah yang kini ditangguhkan mengenai kes keluarga Palestin yang mungkin diusir dari rumah mereka di Baitulmuqaddis Timur yang dituntut peneroka haram Yahudi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This