Pelanggan terkesan masih boleh mohon bantuan bayaran bersasar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

INDUSTRI perbankan secara berterusan memberikan bantuan kepada pelanggan yang terkesan sejak penularan pandemik COVID-19 melanda negara awal tahun lalu.

Di bawah bantuan bayaran balik pinjaman bersasar, bank-bank secara kolektif telah meluluskan lebih 95 peratus daripada 1.6 juta permohonan yang diterima sehingga 26 Mac lalu.

Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) berkata, ia termasuk permohonan moratorium pembiayaan dan pengurangan bayaran bulanan.

Pada masa sama, AIBIM turut menggesa pelangan yang terjejas untuk segera berunding dan mendapatkan bantuan daripada pihak institusi perbankan.

Menurut Pengarah Eksekutif AIBIM, Ratna Sha’erah Kamaludin, pelanggan hanya perlu menghubungi pihak bank untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang bersesuaian.

“Bank-bank ahli di bawah AIBIM komited untuk terus membantu pelanggan yang terkesan dan berdepan kesulitan untuk membuat bayaran balik pembiayaan.

Baca artikel berkaitan: PKP 3.0: Tiada moratorium menyeluruh automatik – BNM

“Pihak bank juga telah merangka proses permohonan dan keperluan dokumentasi yang ringkas bagi memudahkan pelanggan mendapatkan bantuan,” katnaya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali ketiga di seluruh negara berkuat kuasa hari ini sehingga 7 Jun depan.

Menurut Muhyiddin, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP.

Bagaimanapun, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, moratorium menyeluruh secara automatik tidak akan dilaksanakan semula dengan bank akan terus menawarkan bantuan bayaran balik kepada pelanggan yang memerlukan susulan pelaksanaan PKP.

Kenyataan Nor Shamsiah itu disokong Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyatakan pelanggan bank yang terkesan terutama golongan rentan masih boleh memohon bantuan secara bersasar.

AIBIM dalam kenyataan sama turut memaklumkan bank akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh PKP 3.0 mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Pelanggan juga, kata AIBIM, dinasihatkan untuk melayari laman web dan mengikuti media sosial bank bagi mendapatkan maklumat terkini serta memastikan setiap urusan perbankan adalah dibuat menerusi saluran sah untuk mengelakkan sebarang penipuan siber.

“Selain daripada institusi perbankan, pelanggan juga boleh mendapatkan nasihat dan bantuan lanjut daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan BNM.

“Mereka yang telah menerima bantuan juga akan diberi jaminan bahawa rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) tidak akan terjejas,” jelas kenyataan itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This