Israel terus mengganas, 69 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan

Dari Penulis


KEGANASAN dan kebiadaban rejim Zionis ke atas rakyat Palestin berterusan apabila sehingga awal pagi ini, serangan tentera pengganas itu mengorbankan 69 penduduk Gaza termasuk 17 kanak-kanak manakala 365 orang cedera. Turut terbunuh ialah salah seorang komander Hamas.

Di kawasan Tel al-Hawa, Gaza City, seorang wanita hamil bernama Reema Telbani terbunuh dalam serangan Israel ke rumahnya. Anaknya juga terkorban.

Tentera Zionis menyasarkan pejabat polis dan bangunan keselamatan di Gaza serta melancarkan serangan intensif di beberapa lokasi di Gaza.

Hamas juga mengesahkan selain Bassem Issa beberapa anggota kanan pertubuhan itu turut terkorban dalam serangan udara oleh Israel.

Sementara enam warga Israel juga dilaporkan terbunuh. Sementara itu Presiden Mahmoud Abbas menegaskan, tidak akan ada perdamaian dan kestabilan selagi penjajahan Israel ke atas Palestin terus berlaku dan mengingatkan Israel bahawa Palestin tidak akan meninggalkan tanah air mereka.

“Kami tidak akan meninggalkan negara kami. Tamat penjajahan anda di negara kami hari ini, bukan esok,” kata Abbas seperti laporan agensi berita Anadolu Agency, hari ini.

Abbas berkata, rakyat Palestin mahukan masa depan tanpa keganasan dan tanpa pemukiman Israel.

‘’Kami terus bertindak dan berusaha untuk menghentikan tindakan biadab Israel terhadap rakyat kami di Jerusalem, Gaza dan Tebing Barat,” ujar Abbas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This