Lemang Corner Ori resepi turun-temurun istimewa

Dari Penulis

KEHADIRAN Syawal sememangnya amat dinantikan umat Islam seluruh negara apatah lagi selepas berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadan.

Walaupun terpaksa menyambut Aidilfitri secara sederhana akibat penularan pandemik COVID-19 sejak dua tahun ini, namun ‘kemanisan’ Syawal tetap diraikan dengan meriah.

Kelihatan para pekerja membakar lemang diatas api bakaran sepanjang 10 meter ketika ditemui di gerai Lemang Corner Ori, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. GAMBAR: Abd Razak Aid

Apa yang membuatkan bulan ini amat istimewa sudah tentu pelbagai juadah tradisional yang menjadi santapan terutama di pagi hari pertama Syawal.

Di Lembah Klang, satu lokasi yang menjadi perhatian warga kota bagi mendapatkan pelbagai hidangan menarik sempena Aidilfitri adalah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya yang menempatkan banyak juadah enak.

Salah satu gerai yang menjadi tumpuan sudah tentu lemang tradisional dibakar di atas api sepanjang 10 meter.

Pemilik gerai lemang, Zamri Mohd Yusof, 53, sentiasa memastikan api bakaran yang sederhana agar beras pulut di dalam buluh tidak mentah dan tidak rentung serta dibakar cukup masak dan sempurna ketika ditemui di gerai Lemang Corner Ori, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. GAMBAR: Abd Razak Aid

Menurut pemilik Lemang Corner Ori, Zamri Mohd. Yusof, 53, keistimewaan lemang di gerainya sehingga menjadi ‘igauan’ orang ramai sebaik tiba Aidilfitri adalah resepi turun-temurun daripada bapanya sendiri.

Dia yang telah memulakan perniagaan lemang itu sejak 20 tahun lalu juga amat menitikberatkan soal bahan-bahan yang digunakan termasuk buluh yang tidak terlalu nipis.

Buluh lemang dibasuh didalam tangki air bagi memastikan buluh lemang bersih di gerai Lemang Corner Ori, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. GAMBAR: Abd Razak Aid

Satu petua penting, kata Zamri, yang diambil daripada bapanya adalah ‘macam mana kita masak sedap untuk dimakan sendiri, begitulah juga kita masak sedap untuk dijual.

“Saya tidak gunakan buluh yang nipis kerana ia mudah pecah apabila dibakar selain saya pastikan daun pisang yang diguna untuk menjadi pelapik beras pulut mesti tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.

Para pekerja memotong daun pisang yang dipilih sebelum digulung dan dimasukkan kedalam buluh di gerai Lemang Corner Ori, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Setakat ini, Alhamdulillah, ramai pelanggan tetap yang mencari lemang saya beritahu ia lembut dan sedap,” katanya kepada UtusanTV baru-baru ini.

Pada masa sama, Zamri turut bersyukur permintaan untuk mendapatkan lemang yang dijualnya masih tinggi walaupun negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 7 Jun depan.

Sebahagian buluh lemang yang siap dipotong dan disusun mengikut kategori saiz dan harga di gerai Lemang Corner Ori, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. GAMBAR: Abd Razak Aid

Zamri memberitahu, kedai lemangnya mampu menjual antara 1,000 hingga 1,500 batang lemang sehari dan ada ketikanya menjangkau 4,000 batang sehari ketika menjelang hari raya.

“Alhamdulillah, tahun ini rezeki saya agak baik, walaupun PKP dan orang ramai tak dapat keluar beraya tetapi permintaan untuk lemang saya sangat laris.

Seorang pekerja memasukkan beras pulut kedalam buluh sebelum dibakar di gerai Lemang Corner Ori, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Disebabkan permintaan tinggi, saya juga terpaksa menolak tempahan dengan pada bulan Ramadan sehingga Aidilfitri ini sahaja saya telah menjual hampir 15,000 batang lemang.

“Saya juga mengambil lebih ramai pekerja tahun ini kerana permintaan yang tinggi iaitu seramai 20 orang. Masing-masing mempunyai tugas sendiri daripada membasuh buluh sehingga ke proses terakhir untuk membakar lemang,” katanya.

Santan pekat dituang kedalam buluh lemang bersama beras pulut yang telah dibalut bersama daun pisang sebelum dibakar di gerai Lemang Corner Ori, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. GAMBAR: Abd Razak Aid

Gerai Lemang Corner Ori yang dimiliki Zamri ketika ini mempunyai empat pembakar lemang sepanjang empat hingga 10 meter.

Harga lemang yang dijual pula adalah antara RM14 hingga RM18 mengikut saiz dengan orang ramai juga boleh mendapatkan rendang ayam dan daging dimasak sendiri oleh isteri Zamri pada harga RM10 satu pek.

Kelihatan para pekerja mengawal api bagi memastikan lemang masak dengan sempurna ketika ditemui di gerai Lemang Corner Ori, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. GAMBAR: Abd Razak Aid
Kelihatan para pekerja mengawal api bagi memastikan lemang masak dengan sempurna ketika ditemui di gerai Lemang Corner Ori, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada orang ramai beratur untuk mendapatkan lemang di gerai Lemang Corner Ori, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This