Anak kapal tanpa kira negara tak dibenar ‘sign off’ – Ka Siong

Dari Penulis

ANAK kapal dari kapal yang berlabuh di semua pelabuhan dalam Malaysia tidak dibenarkan ‘sign off’ (turun daripada kapal) tanpa mengira warganegara mereka.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, arahan ini berkuat kuasa sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun 2021 bagi membendung penularan wabak COVID-19.

“Pengecualian hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan mereka juga diwajibkan kuarantin selama 14 hari di pusat-pusat kuarantin yang ditentukan oleh kerajaan mengikut SOP ketat yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan ini kata Ka Siong dikeluarkan kerana Kementerian Pengangkutan (MOT) mengambil maklum keprihatinan orang ramai berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti perkapalan di pelabuhan.

Ujarnya, pada 26 April 2021 lalu, beliau telah mempengerusikan persidangan televideo bersama Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan pelbagai pihak berkuasa pelabuhan di bawah MOT untuk menyampaikan strategi Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mencegah wabak varian yang berasal dari negara India daripada memasuki Malaysia dan strategi ini dikuatkuasakan mulai 28 April 2021.

Baca artikel berkaitan: Kapal dari India tak wajib kuarantin 14 hari, JLM jelaskan isu SOP

Sebelum berlepas dari India semua negatif, swab di KLIA tujuh positif

Menurut Ka Siong, SOP yang ditetapkan KKM dan MKN bagi mencegah penularan pandemik COVID-19 di pelabuhan-pelabuhan seluruh negara adalah termasuk kapal yang didapati atau disyaki membawa gejala COVID-19 perlu menjalani kuarantin 14 hari setelah semakan ke atas dokumentasi/pemeriksaan ‘Maritime Declaration of Health’ oleh pihak KKM.

Katanya, mana-mana kapal termasuk dari negara India tidak perlu dikuarantin di laut selagi mereka mendapat kebenaran daripada KKM untuk berlabuh.

“Semua pekerja di dermaga juga perlu menggunakan peralatan pelindung diri (PPE) yang diluluskan oleh KKM seperti pelitup muka dan sarung tangan pakai buang semasa bekerja di kapal.

“Pekerja di pelabuhan yang tidak bekerja di dermaga pula tidak dibenarkan memasuki kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan Malaysia tanpa kelulusan KKM,” jelasnya.

kapal dari india
Gambar hiasan FB JLM

Tambah Ka Siong, semua operasi kargo sama ada di atas dek utama atau ruangan kargo boleh dijalankan oleh pekerja pelabuhan (seperti pekerja lashing dan stevedore) tanpa sebarang interaksi dengan anak-anak kapal.

“Setiap pengemudi kapal yang menjalankan operasi/merapat ke dermaga dikehendaki mematuhi SOP ketat yang ditetapkan KKM termasuklah memakai PPE dan pelitup muka.

“Pengendalian kargo bagi semua kapal asing dari mana-mana negara di seluruh pelabuhan Malaysia adalah dibenarkan bersandarkan kepada SOP yang ditetapkan oleh KKM serta mengikut prosedur operasi dan kebenaran oleh JLM termasuk pihak berkuasa di pelabuhan-pelabuhan yang berkenaan,” ujarnya.

Kata Ka Siong, JLM juga akan saling berkomunikasi dengan semua pihak berkuasa pelabuhan yang berkaitan mengenai SOP serta apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh semua kapal yang beroperasi di Malaysia. Mereka akan saling bekerjasama berhubung aktiviti pertukaran anak kapal, interaksi ship-shore, larangan beroperasi
dan lain-lain aktiviti yang berkenaan.

“MOT akan terus memastikan segala SOP pencegahan COVID-19 yang ditetapkan oleh MKN dan KKM dipatuhi tanpa kompromi serta mengetatkan lagi SOP dari semasa ke semasa sekiranya ada keperluan.

“Kami juga komited melakukan penambahbaikan dalam misi MOT untuk memelihara keselamatan serta kelestarian di sektor pengangkutan dan logistik negara,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dakwaan kapal terbang tersadai di tepi Sungai Kandis palsu

DAKWAAN kononnya sebuah kapal terbang telah tersadai berdekatan Sungai Kandis atau Sungai Klang di Seksyen 36, Shah Alam seperti...

More Articles Like This