Rancangan ‘prank’ bodoh rompak rumah peminat boleh traumakan mangsa

Dari Penulis

RANCANGAN berbentuk program realiti yang menggunakan kamera tersembunyi sememangnya digemari penonton, terutama yang mempunyai unsur-unsur komedi.

Maka tidak hairanlah program-program realiti dari luar negara termasuk dari Korea Selatan, Jepun atau Hollywood sentiasa mendapat sambutan kerana berjaya menghiburkan penonton, termasuk di negara ini.

Bagaimanapun, program-program realiti berbentuk kamera tersembunyi yang diterbitkan televisyen tempatan tidak banyak yang menjadi, malahan ada yang kelihatan sangat bodoh dan boleh menjejaskan kesihatan mental orang yang ‘dikenakan’ dalam jangka masa panjang.

Sebagai contoh, penulis berpeluang menonton sebuah program realiti kamera tersembunyi berbentuk ‘prank’ (mengenakan orang) yang mana program tersebut bertujuan menemukan artis dengan peminatnya tetapi dengan cara yang pelik.

Di dalam rancangan itu yang disiarkan pada hari raya keempat, beberapa peminat telah ‘diserbu’ rumah mereka oleh artis kegemaran mereka yang menjadikan seolah-olah rumah itu telah dimasuki penjenayah.

Seorang artis bersama rakan-rakan yang memakai topeng telah berlakon sebagai perompak memasuki sebuah rumah yang didiami peminat dan kemudiannya melakukan aksi seolah-olah mereka benar-benar dirompak.

Di dalam rancangan itu, mangsa telah didera secara mental dan ada mengikat mangsa (pelakon) dan yang paling jijik adalah peminat yang sedang dalam ketakutan itu diminta memakan sosej yang jika mangsa tidak memakannya, dia akan didera.

Tidak diketahui tujuan adegan itu diadakan tetapi umum mengetahui ada mangsa pecah rumah yang didera dengan jenayah seksual dan paksaan memakan sosej boleh menyebabkan mereka yang ketakutan itu menjadi trauma selepas ini.

Apa sahaja alasan yang diberikan oleh penerbit rancangan itu, adegan tersebut sangat menjijikkan di mata penulis kerana rupa sosej tersebut yang kelihatan seperti kemaluan manusia yang boleh dianggap seperti melakukan ‘gangguan seksual’ terhadap mangsa prank.

Pengalaman yang dikongsi oleh kebanyakan mangsa jenayah pecah rumah yang diikat atau diugut akan dirogol sememangnya boleh menyebabkan mereka trauma dan memerlukan masa yang panjang untuk memulihkan kesihatan mental.

Penulis berasanya syarikat penyiaran kini perlu lebih berhati-hati dalam menerbitkan atau mengambil rancangan untuk diterbitkan di dalam siaran televisyen mereka kerana banyak lagi rancangan yang boleh diterbitkan.

Dayang Senandung

Shah Alam


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Satu ID untuk kuasai semuanya: MyDigital ID ‘hadiah’ atau kuda Trojan?

JIKA anda cuba memperbaharui cukai jalan minggu lalu dan dipaparkan mesej timbul “Oops! Something went wrong”, anda bukan bersendirian....

More Articles Like This