Situasi PKRC MAEPS 2.0 makin mencabar, 1,000 katil ditambah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SITUASI semasa di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dilihat semakin mencabar dengan peningkatan lebih ramai pesakit COVID-19 kategori 3 ke lokasi berkenaan.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dalam kenyataan memberitahu, pada awalnya situasi di PKRC MAEPS hanya mempunyai sebanyak 60 katil bagi kategori 3 pada permulaan Januari lalu.

Namun begitu, jumlah berkenaan bertambah sehingga mencecah 757 pesakit kategori 3 yang ditempatkan di PKRC tersebut ketika ini.

Sehubungan itu, JKNS bercadang untuk menambah kapasiti kepada 1,000 katil bagi menyokong sistem kesihatan di Lembah Klang selaras dengan peningkatan angka pesakit COVID-19 terkini.

“Oleh yang demikian, pesakit dengan kategori 3 akan ditempatkan di dewan-dewan yang berdekatan dengan unit rawatan rapi (ICU).

“Ini akan membolehkan pemantauan lebih rapi dapat dilaksanakan manakala pesakit kategori 1 dan 2 yang stabil ditempatkan di dewan DG,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Penggunaan katil ICU COVID-19 cecah 80% – Dr. Noor Hisham

Pada masa sama, menurut JKNS, pihak PKRC juga mencuba sebaik mungkin bagi memisahkan kategori pesakit warganegara dan bukan warganegara di dewan tersebut.

JKNS berkata, PKRC MAEPS juga mengucapkan terima kasih dan menyambut baik isu proses kemasukan yang dinyatakan pengadu dan akan melihat kembali serta melakukan penambahbaikan proses tersebut dari semasa ke semasa.

Seorang pengguna Twitter meluahkan kekecewaannya berhubung pengalaman menunggu selama sembilan jam di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Malawati, Shah Alam sebelum terpaksa menunggu lagi selama dua jam untuk mendaftar di PKRC MAEPS.

Lelaki berkenaan turut menyuarakan rasa terkejut apabila diberitahu dia dihantar ke kawasan tempat letak kereta yang telah diubah suai bagi menempatkan katil pesakit.

Pada masa sama, dia turut menyatakan kekecewaan berhubung kemudahan yang disediakan di PKRC berkenaan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This