Marah tak dapat solat Jumaat, penghantar barang tendang pagar masjid

0
118
tendang
RAKAMAN CCTV yang tular menunjukkan seorang lelaki menendang pintu pagar sebuah masjid kerana tidak dapat menunaikan solat Jumaat.

MUNGKIN lelaki ini terlalu berhajat untuk menunaikan solat Jumaat pada hari raya kedua lepas tetapi hajatnya tidak sampai. Keadaan tersebut seterusnya menyebabkan seorang dia tidak dapat menahan kemarahan dan bertindak mengikut nafsu kemarahan.

Pada Jumaat lalu seorang penghangtar barangan bertindak menendang pagar besi sebuah masjid di Selayang, Selangor, apabila mendapati pintu pagar itu telah ditutup ketika dia sampai.

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, sejumlah kecil sahaja umat Islam dibenarkan menunaikan solat di surau atau masjid bertujuan mengawal penularan virus COVID-19 di tempat ibadah tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada bilal masjid memaklumkan pagar besi itu tercabut jam 1.40 tengah hari kelmarin.

BERITA BERKAITAN PKP: Selangor buat ketetapan baharu di masjid, surau

“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) di masjid mendapati seorang lelaki menaiki kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara dalam keadaan seperti mengamuk dan menendang pagar besi masjid sehingga tercabut serta jatuh.

“Susulan itu, kami menahan suspek berusia 35 tahun ketika dia tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam.

“Kami turut merampas sebuah Nissan Navara dan sepasang baju Melayu yang digunakan suspek ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini memetik laporan Harian Metro.

Arifai berkata, siasatan dilakukan mendapati kejadian berpunca akibat suspek berasa marah kerana tidak diberi kebenaran untuk masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat .

“Hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif dadah, manakala semakan mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod berkaitan jenayah dan dadah.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 19 Mei nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427/295 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membencana atau mencemarkan tempat sembahyang,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram