732,911 individu terima 2 dos suntikan setakat semalam – Dr. Adham

0
31
disuntik vaksin
Dr Adham Baba menerima suntikan vaksin COVID-19 di PKD Putrajaya./ Gambar FB KKM

SEJUMLAH 732,911 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam (Sabtu), menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, angka itu adalah sebahagian daripada 1,192,426 individu yang menerima dos pertama setakat semalam (Sabtu)

Jumlah rakyat Malaysia yang mendapat suntikan hari ini ialah seramai 10,161 orang dengan yang mendapat dos kedua seramai 589 orang, katanya dalam akaun media sosial.

Sebanyak 24,203 pendaftaran direkodkan hari ini melalui aplikasi MySejahtera.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.