Ariana Grande sudah berkahwin

Dari Penulis

BINTANG antarabangsa, Ariana Grande dan tunangnya, Dalton Gomez dilaporkan sudah berkahwin dalam sebuah majlis tertutup pada hujung minggu lalu.

Menurut sumber terdekat, majlis perkahwinan itu hanya dihadiri kurang daripada 20 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat.

“Majlis berlangsung dengan serba ringkas tetapi penuh dengan rasa cinta dan sayang.

“Keluarga kedua-dua belah pihak gembira meraikan pasangan dan saling berkongsi perasaan bahagia,” katanya.

Memetik laporan Daily Mail, Ariana dan suaminya yang juga seorang ejen hartanah terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.

Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian selepas Gomez muncul dalam video muzik single duet Ariana bersama Justin Bieber iaitu Stuck With U.

Sehingga artikel ini ditulis, baik Ariana mahupun Gomez, masing-masing belum memberi sebarang kenyataan tentang berita perkahwinan mereka yang sudah tersebar itu


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kaki drama bersorak! Viu & iQIYI bergabung tenaga, tawar pakej langganan ‘dua dalam satu’

BERITA baik buat penggemar tegar naskhah dari rantau Asia! Dalam satu pengumuman yang menggegarkan industri hiburan digital serantau hari...

More Articles Like This