Pengganas Zionis bunuh 237 penduduk Palestin sejak 7 Mei

Dari Penulis


KEMENTERIAN Kesihatan Palestin hari ini mengumumkan bahawa pengganas Israel telah membunuh sebanyak 237 orang penduduk Palestin dan mencederakan seramai 6,278 yang lain sejak 7 Mei lalu.

Agensi berita Palestin, WAFA yang memetik Persatuan Tahanan Palestin (PPS) melaporkan, di antara 237 orang Palestin yang terbunuh, 23 daripadanya maut di Tebing Barat manakala 213 lagi di Semenanjung Gaza dan satu lagi di Baitulmuqaddis. 

Di Gaza, 61 kanak-kanak dan 36 orang wanita  merupakan antara 213 rakyat Palestin yang terbunuh dalam konflik yang bermula sejak Ramadan lalu.

Kanak-kanak Palestin menangis kehilangan ahli keluarga dalam serangan pengganas Zionis di Gaza.

Mengulas mengenai mangsa yang cedera, PPS memberitahu, pengganas Israel telah menembak dan mencederakan sebanyak 3,825 penduduk Palestin di Tebing Barat, 1,442 lagi di Semenanjung Gaza manakala 1,011 lagi di Baitulmuqaddis.

Menurutnya, sebahagian daripada 1,011 penduduk Palestin yang cedera di Baitulmuqaddis, sebanyak 487  mangsa dipindahkan ke pusat kesihatan untuk rawatan, termasuk 60 mangsa cedera serius, 204 orang lagi dengan kecederaan sederhana dan 223 lagi mengalami cedera ringan.

PPS menambah bahawa 739 orang Palestin cedera akibat tembakan tentera Israel di Tebing Barat dipindahkan ke pusat kesihatan dan hospital; 446 orang Palestin terkena peluru hidup, 175 yang lain dengan peluru keluli bersalut getah, 94 yang lain tercekik akibat gas pemedih mata dan 24 yang lain mengalami kecederaan akibat pemukulan teruk.

Tambahnya, antara mangsa yang dipindahkan untuk rawatan di pusat kesihatan dan hospital di Tebing Barat ialah 223 kanak-kanak bawah umur dan 22 lagi wanita.

Seorang penduduk Palestin melihat rumahnya yang musnah dibom pengganas Zionis.

Konflik antara Palestin dan Israel tercetus apabila warga Palestin memprotes dan bersolidariti dengan penduduk Sheikh Jarrah di Baitulmuqaddis Timur yang menyebabkan pertempuran dengan polis Israel.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Pusat Israel di Baitulmaqdis Timur meluluskan keputusan untuk mengusir tujuh keluarga Palestin daripada kediaman mereka bagi menyokong kemasukan peneroka Israel pada awal 2021.

Selain itu, tindakan pengganas Israel mengasari umat Islam yang beribadah di Masjid al-Aqsa semasa bulan Ramadan membangkitkan ancaman pergerakan Hamas untuk bertindak balas terhadap perbuatan biadab Israel tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This