Search beri tempoh tujuh hari atau berdepan tindakan undang-undang

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

ANGGOTA kumpulan Search, Amy, Nasir dan waris Allahyarham Yazit Ahmad memberi tempoh tujuh hari terhadap individu bernama Mozylir Moktharuddin dan Home of Champions bagi menghentikan kegiatan yang didakwa menggunakan nama kumpulan itu tanpa kebenaran.

Menurut Nasir yang juga pemain bass band itu, mereka sudah mendapatkan nasihat guaman dan akan mengambil tindakan undang-undang jika individu terbabit gagal berbuat demikian.

“Kami bagi tempoh tujuh hari untuk individu terbabit menghentikan segala aktiviti perniagaan yang menggunakan nama Search.

“Kami ada juga meminta Mozylir mendedahkan akaun perniagaan yang melibatkan nama Search melalui surat tuntutan peguam kami.

“Jika dia gagal lakukan seperti apa yang dituntut, kami akan memulakan tindakan undang-undang seperti dinasihatkan peguam kami,” katanya.

Nasir berkata demikian menerusi siaran langsung di Instagram (Live IG) yang turut disertai Amy dan waris arwah Yazit iaitu Shahmirnuri atau Boy.

Dalam pada itu, Amy mengulas mengenai tindakan serius yang mereka lakukan itu adalah bertujuan untuk melindungi hak Search dan waris arwah Yazit.

“Walau apapun berlaku, kita mesti jaga hak arwah Yazit. Itu janji saya dengan dia dan ahli lain…kita tak pernah lupa janji itu.

“Kami ingin lindungi hasil kerja yang kita buat selama ini. Masa saya umum pengunduran diri daripada Search, saya akui ada perselisihan faham dengan Nasir tapi sekarang kami dah berdamai.

“Tak pernah pun kami berbincang tentang saya berundur secara tetap.

“Hak saya atas nama dan aset-aset Search tak ada yang kata saya kehilangan hak. Itu hak saya, Nasir dan hak waris Yazit,” katanya.

Sementara itu, Amy turut mengulas mengenai dua lagi anggota Search iaitu Din dan Kid yang dikatakan turut terlibat dalam perniagaan tersebut.

Menurut Amy, Din dan Kid boleh menggunakan nama Search dengan syarat perlu mendapat persetujuan bersama anggota lain.

“Mereka boleh pakai nama Search jika ada persetujuan semua ahli. Saya, Nasir dan waris Yazit tidak bersetuju mengenai kegiatan perniagan terbabit.

“Masa arwah Yazit sakit, kami semua sudah bersetuju jika apa-apa terjadi pada arwah, kami tidak akan ambil pemain dram lain untuk gantikan tempat arwah.

“Kalau ada persembahan, kami akan menggunakan perkhidmatan pemain dram undangan.

“Kami juga telah bersetuju pemain dram undangan berkenaan akan dapat 20 peratus bayaran dan 80 peratus akan diberikan kepada waris arwah Yazit,” ulasnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Search tuntut ahli perniagaan berhenti guna nama band untuk kaut keuntungan

Sementara itu, Home of Champions menerusi kenyataan yang dikeluarkan, berkata, segala persoalan akan dijawab menerusi sidang akhbar dalam masa terdekat.

“Barisan peguam kami seadng memperhalusi isu yang cuba dibangkitkan dan pihak kami akan mengeluarkan kenyataan penuh bagi menjawab segala persoalan.

“Pihak kami dan Search akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini. Tarikh dan masa akan diberitahu kelak bergantung kepada keadaan prosedur operasi standard (SOP) ketika ini.

“Operasi perniagaan kami berjalan seperti biasa dan segala perancangan aktiviti jenama Search tidak akan terganggu oleh isu-isu yang cuba ditimbulkan.

“Kepada peminat-peminat Search dan pelanggan kami, teruskan memberi sokongan. Insya-Allah segala persoalan dan kebenaran akan terjawab selepas ini,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This