Isteri terkejut mangsa maut kejadian letupan kereta adalah suaminya

Dari Penulis

“PADA mulanya anak kedua saya iaitu Wan Nor Adawiyah, 21, beritahu bapa mereka tidak terlibat dalam kejadian itu.”

Namun, Faridah Husin, 49, berkata, ketika itu dia masih belum mengetahui yang suaminya terlibat dalam kemalangan berkenaan, dan maut di tempat kejadian.

“Namun kali kedua pula saya dikejutkan, apabila anak sulung saya iaitu Wan Nor Hidayah, 22, pula beritahu, yang bapa mereka terlibat dalam kemalangan tersebut kerana dia cam salah satu serpihan kenderaan yang ada di lokasi kejadian,” katanya yang bekerja sebagai tukang jahit di Pasar Siti Khadijah, ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

“Tidak sangka itu suami saya, dan masih terkejut dengan apa yang berlaku,” luah isteri kepada mangsa lelaki yang maut dalam kejadian sebuah kenderaan yang meletup sehingga terputus dua di Simpang 4, Kampung Sireh, Kota Bharu petang samalam.

Faridah berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian melibatkan arwah suaminya itu Wan Hassan Wan Ali, 49, oleh seorang rakannya, yang memberitahu mengenai kejadian kebakaran dua kilometer dari kediamannya, yang terletak berhampiran Kampung Sireh.

Bercerita lanjut, Faridah turut berkata suaminya tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sejak kebelakangan ini, namun arwah sering kali berulang-alik setiap petang dari Kampung Sireh ke Kampung Kota, kerana mereka sekeluarga akan berpindah rumah tidak lama lagi.

Bernama.com melaporkan Wan Hassan meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan serta seorang anak lelaki, Wan Mohd Fitri, 19.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Mohd Khairul Anwar Mohd Zin, 42, berkata insiden berkenaan merupakan tragedi yang pertama kali berlaku di kawasan tersebut, sejak beliau mula berniaga di situ 27 tahun lalu.

BERITA BERKAITAN Seorang maut, kereta meletup terputus dua selepas dipanah petir

“Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat, malah ada terfikir ia adalah bom, namun sebaik berlari keluar dari restoran kelihatan beberapa kereta ‘berselerakan’, dengan sebuah daripadanya sedang terbakar,” katanya.

Menurutnya, dia berada di dapur restoran miliknya yang terletak kira-kira 40 meter dari lokasi kejadian, terus bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku dan terkedu melihat keadaan agak huru hara dengan orang ramai berlari untuk menyelamatkan diri.

Katanya selepas letupan itu, dia turut terdengar suara meminta tolong daripada beberapa mangsa lain yang terselamat.

“Malah ada yang gigih berlari menyelamatkan diri dalam keadaan berdarah. Kami cuba untuk membantu namun keadaan agak teruk, sehinggalah pihak bomba datang dan memberitahu bahawa seorang lelaki maut yang mana keadaan jasadnya yang tragis.

“Lebih mengejutkan apabila jasad mangsa, rupa-rupanya tercampak ke dinding restoran saya, berkemungkinan kerana kesan dentuman yang kuat,” katanya.

Mohd Khairul berkata, impak letupan itu turut menyebabkan restorannya mengalami kerugian ribuan ringgit, susulan siling dan cermin pecah selain kedai runcit milik adik lelakinya, juga menerima kesan yang sama.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This